Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Wednesday, December 1, 2010

Ucapan Ketua Unit Kokurikulum Kepada Semua Pelajar Yang Dikasihi :



Selamat bercuti dan selamat kembali kepada pangkuan keluarga tersayang kepada semua pelajar IPG Kampus Rajang. Dengan kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2010.

Dengan ini juga saya mengharapkan agar cuti kali ini , semua pelajar dapat memperolehi kesegaran minda untuk menghadapi pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk tahun 2011.

Tahniah dan selamat bertugas juga kepada pelajar KPLI Ambilan Januari 2010 dan PISMP Ambilan Januari 2007 yang bakal bergelar seorang pendidik di sekolah nanti. Dengan segunung harapan agar segala ilmu yang telah diperolehi melalui latihan dan pengalaman yang telah dilalui sepanjang sesi pembelajaran di institut dapat dikongsi bersama dengan tenaga pengajar dan murid-murid di sekolah nanti. Diharapkan juga agar bakal-bakal pendidik ini dapat terus mencari ilmu agar dapat melengkapkan diri sebagai seorang guru yang kompeten dan berjiwa pendidik di suatu masa kelak.

Dengan ini saya mengakhiri ucapan saya dengan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti kokurikulum sesi 2010. Maju jaya untuk semua.

Daripada : EN. MCNAIR KUDANG

Ketua Unit Kokurikulum

Institut Pendidikan Guru

Kampus Rajang.

No comments:

Post a Comment