Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Saturday, May 14, 2011

Laporan Perbarisan Unit Beruniform IPG Kampus Rajang 2011


Pada hari Rabu yang lalu ,bersamaan dengan 2 March 2011, perbarisan Unit Beruniform IPG Kampus Rajang telah diadakan. Perbarisan tersebut telah diadakan pada jam 7.00 pagi.

Pada hari tersebut adalah giliran untuk Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM) untuk mengendalikan majlis. Dinah Nabilah Syukur Hamidi selaku komandan minggu ini memberi hukuman statik untuk berkumpul, berbaris dan bersiap sedia. Pensyarah yang hadir adalah Encik Mc Nair Kudang, Puan Florina Sigay, Encik George Berundang, Encik Ling Hau Ching, Puan Liong Lina, Encik Ismail Saliyan dan En Mat Kamal Bin Abdul Majid.
Setiap IC unit beruniform melaporkan jumlah platun masing-masing. Pengakap seramai 66 orang, TKRS seramai 48 orang, Bulan Sabit Merah Malaysia seramai 63 orang dan Pandu Puteri seramai 55 orang. Jumlah keseluruhan ialah 232 orang pelajar. Saudari Dinah Nabilah melaporkan kekuatan platun kepada pensyarah yang bertugas, Encik Mc Nair Kudang.

Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku dan Rajang Berbakti. Selepas nyanyian, wakil daripada BSMM iaitu Mohamad Faiz menyampaikan pidatonya yang bertajuk “Kokurikulum dan kebaikannya”.


Acara diteruskan dengan ucapan dari Ketua unit Kokurikulum, Encik Mc Nair. Beliau mengingatkan para pelajar tetang tatacara pemakaian untuk berpakaian dalam unit beruniform. Kebanyakan pelajar tidak memakai pakaian yang lengkap. Beliau juga turut memetik petikan pidato pelajar iaitu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pelajar seharusnya mempunyai jati diri yang kuat dalam membentuk diri sebagai seorang guru. Seterusnya beliau mengumumkan bahawa KAGUM Unit Beruniform akan diadakan pada bulan Ogos. Pemilihan pelajar akan dilakukan oleh pensyarah penasihat. Beliau juga menegur para pelajar yang kurang meluangkan masa untuk bersukan di gelanggang IPG. Cadangan daripada pelajar untuk mengadakan perlawanan persahabatan juga belum diterima. Encik Mc Nair juga mengingatkan para pelajar supaya berbangga dapat menjadi seorang guru pada masa akan datang.

Perhimpunan bersurai pada pukul 7.25 pagi selepas komandar Dinah Nabilah meminta kebenaran daripada pensyarah bertugas.

Laporan disediakan oleh,
MARWYN WAHYUNI MANSOR
Setiausaha BSMM
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Rajang.
2 MARCH 2011
INSTITUT PERGURUAN KAMPUS RAJANG, BINTANGOR
Laporan Perhimpunan Mingguan Unit Badan Beruniform
TARIKH : 9 MAC 2011(Rabu)
MASA : 7:00-7:30 PAGI
TEMPAT : HADAPAN DEWAN SRI RAJANG


1.0 PENGENALAN
Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Rajang iaitu Raymond Gai Panting. Perhimpunan pada kali ini juga dihadiri oleh beberapa orang pensyarah. Antaranya ialah Encik McNair iaitu selaku Ketua Unit Kokurikulum, Puan Florina Sigay dan Encik Mat Kamal.

2.0 KEHADIRAN
Kontijen Pengakap Darat terdiri daripada seramai 23 orang yang merupakan dari kumpulan PPISMP Semester Dua sahaja. Kontijen Kadet Remaja Sekolah pula seramai 21 orang. BSMM seramai 85 kontijen manakala Pandu Puteri seramai 29 orang kontijen. Jumlah keseluruhan kontijen yang hadir ialah seramai 157 orang. Jumlah kontijen daripada semua unit badan beruniform menunjukkan sedikit kekurangan. Hal ini kerana terdapat sesetengah bilangan pelajar mengikuti aktiviti PBS.

3.0 AKTIVITI PELAKSANAAN
Perhimpunan dilancarkan dengan nyanyian lagu kebangsaan negara iaitu “Negaraku”. Diikuti pula dengan nyanyian lagu “Ibu Pertiwiku” dan “Rajang Berbakti”. Semua kontijen yang hadir telah menyanyikan ketiga - tiga lagu tersebut dengan penuh bersemangat. Perhimpunan kali ini juga diserikan lagi dengan bacaan doa oleh saudara Ashrullah yang merupakan wakil Kadet Remaja Sekolah.


3.1 Ucapan Pidato Kontijen Pengakap Darat
Pemidato minggu ini merupakan salah seorang wakil daripada PPISMP BM 2 Semester Dua iaitu saudari Syamsidar Bt Hj Majit. Tajuk pidato yang telah disampaikan oleh saudari Syamsidar ialah “Masyarakat Berintegriti Membentuk Bangsa Bermaruah”.

3.2 Ucapan Tuan Pengarah IPG Kampus Rajang
Tuan Pengarah iaitu Tuan Raymond Gai Panting telah memberi ucapan. Beliau mengulas kembali tentang tajuk yang telah disampaikan oleh pemidato. Dalam ucapan beliau mengatakan bahawa masyarakat yang berintegriti ialah masyrakat yang bertamadun dan maju. Nilai integriti harus diamalkan dan menjadi ciri kepada bakal-bakal guru bukannya seperti sampah masyarakat. Selain itu, beliau menjelaskan bahawa jadilah seorang pemimpin yang berwawasan dan berkaliber. Seorang pemimpin bukan sahaja terhad kepada ilmu bahkan mempunyai sahsiah yang baik dan mempunyai kualiti kepimpinan yang cemerlang dalam kokurikulum.Dalam ucapan beliau yang terakhir, beliau menjelaskan bahawa setiap orang mampu memberi kelainan dalam diri sendiri iaitu satu pembaharuan. Bukannya menjadi seorang yang angkuh. Amalan tegur-menegur perlu ada supaya setiap orang dapat mengubah diri masing-masing.
Koman arahan keluar baris oleh komander Pengakap Darat iaitu saudara Alvin. Semua pelajar keluar baris dan menghadiri kuliah masing-masing.

Dilaporkan oleh,
(NUR SYAZWANI BT YAHYA)
Kontijen Pengakap Darat

Tarikh : 10 MAC 2011

Tuesday, May 10, 2011

Laporan Pembarisan Unit Beruniform IPG Kampus Rajang 2011
Pada hari Rabu, 23 Februari 2011, perhimpunan unit beruniform dijalankan seperti biasa bermula pada pukul 7.00 pagi. Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) menguruskan majlis perhimpunan pada pagi ini dan semua pelajar berkumpul di depan Dewan Sri Rajang. Abdul Aizat Bin Abu Bakar selaku komandan minggu ini memberi hukuman statik untuk berkumpul, berbaris dan bersiap sedia. Pensyarah yang hadir adalah Puan Florina Sigay, Encik George Berundang, Encik Ling Hau Ching, Puan Corella dan En Mat Kamal Bin Abdul Majib.

Gambar 1 : Puan Florina memastikan beberapa perkara penting yang harus dicatat oleh pencatat Jenny Kong.

Gambar 2 :IC TKRS Saudara Silla melaporkan kekuatan platun kepadakomander Abdul Aizat.

Setiap IC unit beruniform melaporkan jumlah platum masing-masing. Pengakap seramai 75 orang, TKRS seramai 75 orang, Bulan Sabit Merah Malaysia seramai 85 orang dan Pandu Puteri Tunas seramai 60 orang. Jumlah keseluruhan ialah 295 orang. Saudara Abdul Aizat melaporkan kekuatan platun kepada pensyarah yang bertugas, Puan Florina Sigay.
Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku dan Rajang Berbakti. Selepas nyanyian, wakil daripada TKRS iaitu Hanisah Binti Tirmizi menyampaikan pidatonya yang bertajuk “Insan Cemerlang negara Terbilang” Dalam pidato saudari Hanisah ada mengatakan negara yang ingin bergerak berjaya memerlukan tenaga rakyat yang banyak Terutamanya rakyat yang insan cemerlang.

Gambar 3 : Nyanyian Negaraku,Ibu Pertiwiku dan Rajang Berbakti

Gambar 4 : Pemidato Hanisah Binti Tirmiz

Acara diteruskan dengan ucapan dari Ketua Jabatan HEP Encik Mat Kamal Bin Abdul Majib. Beliau mengingatkan para pelajar tentang pidato umum pilihan raya yang akan diadakan pukul 8.30pm. di Dewan Sri Rajang. Beliau memberi pesanan kepada calon-calon yang mengikuti bertanding untuk bersedia dengan manifesto masing-masing. Tambahan pula, beliau mengambil berat tentang hal tatatertib semasa penyampaian ucapan. Para pelajar diingatkan agar tidak membuat bising dan mempraktikkan kemahiran mendengar yang tinggi semasa ucapan disampaikan terutamanya perhimpunan bulanan.
Selepas ucapan Encik Mat Kamal, Puan Florina mengambil alih dan menyampaikan taklimat beliau. Beliau memuji pelajar-pelajar yang mengikuti pidato kerana mempunyai keberanian untuk berpidato di khalayak ramai. Beliau menggalakan penyertaan daripada kumpulan KPLI dan cenderamata akan diberikan kepada pemidato pada akhir semester. Perkara yang kedua adalah tentang kehadiran unit beruniform. Semua pelajar adalah wajib untuk menghadirkan diri dalam perhimpunan unit beruniform dan kehadiran akan diambil. Bagi sesiapa yang ditangkap berada di asrama akan dikenakan tindakan.

Gambar 5 : Ucapan dari Encik Mat Kamal

Gambar 6: Taklimat ringkas oleh Puan
Florina

Perhimpunan bersurai pada pukul 7.15 pagi selepas komandar Aizat minta kebenaran daripada pensyarah bertugas.

Laporan disediakan oleh:
JONG SOO CHIN
Setiausaha TKRS
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Rajang.

23 Februari 2011

Monday, May 9, 2011

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Diantara Skuad IPG Kampus Rajang Dengan Pasukan Bola Sepak Sarawak Maritime Academy (SMA) Bahagian Sibu






Pada 5 Mei 2011, satu perlawanan persahabatan bola sepak diantara skuad IPG Kampus Rajang dengan pasukan bola sepak Sarawak Maritime Academy (SMA) Bahagian Sibu telah berlansung di Padang Bola Sepak SMK Meradong pada pukul 4.30 petang. Kunjungan skuad bola sepak Sarawak Maritime Academy (SMA) Bahagian Sibu kali ini amat penting kepada skuad bola sepak IPG Kampus Rajang memandangkan ini merupakan perlawanan pertama diantara kedua-dua pasukan dari dua institusi pendidikan yang berbeza.

Perlawanan persahabatan ini adalah bertujuan untuk menyemai semangat kesukanan dikalangan para permain dan juga mengeratkan lagi hubungan antara pihak Institut dengan pihak luar. Selain itu juga, aspek pengelolaan dan kepengadilan diterapkan sepanjang berlansungnya perlawanan persahabatan ini. Kedua-dua pasukan sama-sama mempemerkan persembahan yang menarik sepanjang permainan dengan harapan beroleh kemenangan.

Namun demikian, skuad bola sepak Sarawak Maritime Academy (SMA) Bahagian Sibu terpaksa akur dengan kehebatan permain bola sepak IPG Kampus Rajang. Pada perlawanan tersebut, IPG Kampus Rajang telah memenangi perlawanan dengan jaringan 4-1. Gol pembukaan telah dijaringkan oleh pemain pasukan pelawat pada separuh masa pertama dan selang beberapa minit selepas ini pasukan IPG Kampus Rajang telah memperoleh gol penyamaan hasil tandukan cantik, saudara Robin Jerome ketika sepakan sudut. Gol kedua IPG Kampus Rajang telah dijaringkan oleh Mohd. Sharizan 10 minit sebelum wisel masa pertama dibunyikan.

Pada separuh masa kedua, Skuad IPG Kampus Rajang telah berjaya menggandakan jaringan hasil gerakkan menarik pensyarah IPG Kampus Rajang, Encik Mat Kamal yang turut bermain pada petang itu. Skuad IPG Kampus Rajang terus mengasak ke kubu lawan dan berjaya memperoleh gol keempat menerusi sepakan kencang Mohd. Yusri menggegarkan jarring gol pasukan lawan menjadikan keputusan 4-1 sehingga tamat perlawanan.

Pasukan IPG Kampus Rajang terdiri daripada pelajar PISMP Sem 7, PISMP Sem 5, PISMP Sem 1, PISMP Sem 3 dan PPISMP. Pasukan IPG Kampus Rajang adalah dibawah bimbingan Encik Mahmud dan Encik V. Raja Segara. Untuk perlawanan kali ini, Tony Buda Ak Gendang, pelajar PISMP Prasekolah Ambilan 2009 telah diberi tanggungjawab mengetuai pasukan IPG Kampus Rajang, Sarawak. Kehadiran Pengarah IPG Kampus Rajang, Encik Raymond Gai Panting menyemarakkan lagi semangat skuad IPG Kampus Rajang untuk memenangi perlawanan persahabatan ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga Kampus Rajang yang bersama-sama memberi sokongan pada hari perlawanan tersebut. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat berpasukan, berkerjasama dan mengeratkan lagi hubungan diantara para guru pelatih. Majulah Sukan Untuk Negara.


Disediakan Oleh: Tony Buda Ak Gendang

Ketua Pasukan Bola Sepak IPG Kampus Rajang