Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Friday, December 3, 2010

Perlawanan persahabatan bola sepak IPG Kampus Rajang dengan pasukan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahagian Bintangor










Perlawanan persahabatan bola sepak dengan pasukan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahagian Bintangor telah berlangsung pada 15 November 2010 (Isnin), pukul 5.00 petang di Stadium Bintangor. Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk menyemai semangat kesukanan dalam kalangan para permain dan juga mengeratkan lagi hubungan antara pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bahagian Bintangor di samping menimba pengalaman bermain dengan pasukan luar.

Pada perlawanan persahabatan kali ini, pasukan bola sepak IPG Kampus Rajang telah memenangi perlawanan dengan jaringan 3-0. Pasukan bola sepak IPG Kampus Rajang terus melakarkan sejarah tersendiri dengan dua kemenangan daripada tiga perlawanan persahabatan setakat ini walupun pernah tewas sekali kepada pasukan bola sepak SMK Bandar Bintangor pada 18 Oktober 2010 (Isnin). Namun, semangat “Enchang Rajang Enchang” yang tetap bersemadi di setiap hati pemain demi nama IPG Kampus Rajang dalam pembangunan bola sepak dalam kalangan para guru di sini tidak pernah luntur bahkan terus bersemangat tinggi untuk mengharungi cabaran pasukan luar.

Gol pembukaan IPG kampus Rajang telah dijaringan oleh ketua pasukan mereka iaitu saudara Tony Buda Ak Gendang, PISMP Prasekolah Sem 4 pada minit ke 14 hasil umpanan cantik dari Mohd. Ezzat Ezzani. Semangat pasukan IPG Kampus Rajang terus membara dengan menambah satu lagi gol pada minit ke 26 apabila saudara Ronny dari PISMP PJ dengan mudah menjaringkan gol ke gawang lawan. Sebelum masa pertama tamat, pada minit ke 38, Saudara Mohd. Ezzat Ezzani telah merembat deras bola lintang ke gawang gol pasukan lawan dengan kedudukan semasa kekal 3-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Skuad IPG Kampus Rajang dan PDRM kekal dengan keputusan semasa sehingga tamat perlawanan iaitu 3-0 walaupun beberapa percubaan menarik daripada kedua-dua pasukan sepanjang masa perlawanan. Hujan lebat dan keadaan padang yang basah tidak melunturkan semangat kedua-dua pasukan mengasak ke kubu lawan untuk mengatur serangan.

Pasukan IPG Kampus Rajang terdiri daripada pelajar PISMP Sem 6, PISMP Sem 4, PISMP Sem 2 dan PPISMP. Pasukan IPG Kampus Rajang adalah dibawah bimbingan Encik Mahmud dan Encik V. Raja Segara dan Encik Mcnair Kudang
( Penyelaras Gerak Kerja Ko-Kurikulum IPG Kampus Rajang).

Terima kasih diucapkan kepada semua warga Kampus Rajang yang bersama-sama memberi sokongan pada hari perlawanan tersebut. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat berpasukan, berkerjasama dan mengeratkan lagi hubungan di antara para guru pelatih. Majulah Sukan Untuk Negara.

Disediakan oleh,
Tony Buda Ak Gendang

No comments:

Post a Comment