Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Thursday, December 2, 2010

Laporan Pengurusan Kokurikulum KPLI-SR Ambilan Januari 2010

NAMA : AZIAN HUSIN (KPLI-SR MAT)
Soalan 1
Huraikan apa yang anda faham tentang pengurusan kokurikulum, sukan permainan, olahraga dan unit beruniform di IPG Kampus Rajang. Maklumat anda termasuklah penglibatan diri anda sejauh mana ilmu yang anda dapat semasa di IPG Kampus Rajang memberi keyakinan untuk anda semasa menjalani praktikum yang lepas.

Kokurikulum merupakan gerak kerja yang bercorak pendidikan dan berupa pengalaman pembelajaran. Di IPG Kampus Rajang, bidang kokurikulum adalah satu bidang yang wajib diambil bahagian oleh semua pelajar. Di sini, penglibatan semua pelajar dalam bidang kokurikulum adalah sangat perlu berasaskan tanggapan bahawa semua pelajar harus mempunyai keseimbangan antara mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.
Pengurusan kokurikulum di IPG Kampus Rajang telah dirancang dengan baik dan teratur. Pelajar yang mengikuti latihan perguruan di sini adalah diharuskan untuk menglibatkan diri dalam tiga aktiviti kokurikulum iaitu olahraga, unit beruniform dan sukan permainan. Pendedahan awal yang diberikan kepada guru pelatih ini dapat membantu guru pelatih dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum semasa di sekolah nanti dan daripada aktiviti yang dijalankan dapat memberi kecergasan dan lebih mendisiplinkan guru pelatih. Guru pelatih juga diberi pengetahuan untuk mengendalikan aktiviti dalam bidang kokurikulum masing-masing.
Sepanjang 1 semester menjalani Kursus Perguruan di IPG Kampus Rajang, saya telah memperolehi banyak ilmu pengetahuan.Kami telah diberi peluang untuk membuat pilihan dalam dua unit berunform iaitu Pengakap atau Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan sukan permainan iaitu bola tampar dan badminton. Di sini, saya telah melibatkan diri dalam olahraga, unit beruniform pengakap dan sukan permainan bola tampar. Aktiviti ini dijalankan seminggu sekali iaitu pada hari Isnin diadakan perjumpaan olahraga, hari Rabu perjumpaan unit beruniform pengakap dan hari Khamis pula perjumpaan sukan permainan bola tampar.
Unit Beruniform Pengakap telah banyak memotivasikan diri saya daripada segi mempertingkatkan disiplin iaitu tidak kira dalam berpakaian mahupun disiplin diri ketika berkawad. Saya telah mempelajari banyak perkara baru dalam aktiviti unit beruniform. Contohnya semasa perhimpunan pagi yang diadakan pada setiap hari rabu. Di sini, kami telah diarahkan berkumpul sebelum pukul 7 pagi. Oleh itu, aktiviti ini dapat memupuk nilai kepada saya agar menepati masa di samping mendisiplinkan diri saya dalam berpakaian.
Dalam aktiviti olahraga pula, saya telah mempelajari kemahiran-kemahiran dalam acara padang dan acara balapan. Kami juga telah diarahkan untuk menganjur sukan mini peringkat IPG. Di sini saya telah mempelajari cara untuk mengendalikan sukan mini. Manakala dalam sukan permainan pula, saya telah mempelajari banyak kemahiran untuk sukan bola tampar. Terdapat banyak juga aktiviti yang mencabar kepada saya dalam sukan permainan bola tampar seperti kemahiran servis yang telah saya pelajari. Semua aktiviti yang dijalankan telah dilaksanakan dengan baik dan berjaya di atas bimbigan guru penasihat yang amat berkaliber.
Dengan adanya aktiviti kokurikulum yang diadakan, saya telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman baru. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ini amat memberi keyakinan kepada saya untuk mengendalikan aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah semasa saya menjalani praktikum. Segala kemahiran yang saya pelajari di IPG Kampus Rajang saya praktikkan semasa praktikum dan ia amat berguna dan membantu ketika saya mengendalikan aktiviti-aktiviti yang saya rancang untuk para pelajar.
Semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Saint Anne, Sarikei, saya telah melibatkan diri dalam unit beruniform pengakap. Saya telah merancang aktiviti berdasarkan pengetahuan yang saya pelajari semasa di IPG Kampus Rajang. Di sini, saya dapat membuktikan yang saya mempunyai keyakinan yang tinggi semasa menjalani praktikum kerana saya dapat mengendalikan aktiviti dengan jayanya dan saya dapat melihat keaktifan dan keseronokan para pelajar untuk mengikuti aktiviti yang telah dirancang dan diadakan. Contohnya, semasa mengadakan aktiviti laung agung, saya dapat menggunakan ilmu yang saya pelajari di IPG Kampus Rajang untuk mengendalikannya dengan baik.


Soalan 2
Huraikan peranan dan penglibatan anda dalam bidang kokurikulum di sekolah semasa praktikum. Adakah pengetahuan anda sudah mencukupi atau sebaliknya dengan menjelaskannya berdasarkan pengalaman-pengalaman nyata yang berkaitan di sekolah.
Semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Saint Anne, Sarikei, saya telah melibatkan diri dalam unit beruniform Pengakap. Unit beruniform Pengakap ini adalah di bawah bimbingan empat orang guru penasihat iaitu Cikgu Aminah Talip, Cikgu Jamilah Samaon, Cikgu Latifah Binti Tahir dan Cikgu Dayang Mahdini Awg Jemat. Saya bersama rakan guru pelatih telah bekerjasama membantu guru penasihat dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang untuk unit beruniform pengakap. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk setiap perjumpaan. Di sekolah ini, perjumpaan unit beruniform diadakan sekali dalam seminggu iaitu pada hari Isnin pada jam 2.30 sehingga 3.30 petang. Seramai 57 orang pelajar yang terlibat dalam unit beruniform pengakap ini.
Pada perjumpaan kali pertama, guru penasihat telah memperkenalkan saya dan rakan guru pelatih kepada semua ahli pengakap (pelajar) dan memberi tunjuk ajar kepada kami untuk mengendalikan aktiviti kokurikulum. Setiap kali perjumpaan, guru penasihat telah memberi peluang kepada saya dan rakan guru pelatih untuk membantu mereka dalam mengendalikan aktiviti yang dijalankan. Di sini, apa yang telah dipelajari di IPG Kampus Rajang dipraktikkan. Contoh aktviti yang telah saya kendalikan adalah laung agung, pertolongan cemas, ikatan dan simpulan, permainan kecil, dan nyayian lagu pengakap. Aktiviti telah dijalankan dengan baik dan pelajar adalah dalam kawalan. Penglibatan pelajar adalah begitu aktif menjalani aktiviti yang dijalankan. Contohnya pelajar telah mempelajari cara-cara untuk melakukan aktiviti laung agung. Ada segelintir pelajar yang tidak mengetahui apa itu laung agung, telah mahir untuk melakukan laung agung.
Selain itu, semasa aktiviti pertolongan cemas, saya dan rakan guru pelatih telah membahagikan pelajar kepada dua kumpulan. Saya telah membimbing salah satu kumpulan. Dalam aktiviti ini, saya telah membimbing pelajar dalam kumpulan saya cara untuk memberi bantuan kepada seseorang yang mengalami kecederaan di pergelangan tangan. Saya berasa sangat gembira melihat pelajar bersungguh-sungguh untuk mempelajari cara-cara ikatan dan simpulan yang telah digunakan.
Di samping itu, saya dan rakan guru pelatih juga telah mengendalikan permainan kecil. Daripada pemerhatian saya, pelajar begitu seronok melakukan aktiviti ini. Terdapat juga pelajar yang ingin meneruskan permainan walaupun masa telah tamat. Aktiviti nyanyian juga begitu menarik perhatian para pelajar.
Kami juga sedaya upaya mempertingkatkan disiplin pelajar semasa perjumpaan diadakan. Saya dan guru pelatih sering mengingatkan para pelajar agar berpakaian kemas setiap kali perjumpaan diadakan dan mengadakan aktiviti kawad kaki supaya dengan adanya aktiviti ini pelajar dapat mendisiplinkan diri mereka sendiri.
Bagi saya, penglibatan guru dalam aktiviti kokurikulum di sekolah haruslah aktif bagi memastikan penglibatan pelajar juga aktif. Aktiviti yang dirancang juga dapat mempengaruhi minat para pelajar untuk mengikuti aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Oleh itu, perancangan yang dibuat hendaklah mengandungi aspek-aspek yang berguna, memberi pengetahuan dan mempunyai unsur keseronokkan kepada para pelajar.
Pengetahuan yang saya pelajari di sekolah mahupun di IPG Kampus Rajang belum lagi lengkap atau mencukupi. Ini kerana, masa yang terlalu singkat iaitu dalam masa yang tidak sampai 1 tahun, saya hanya dapat mempelajari kemahiran asas dan masih banyak perkara yang belum saya pelajari dengan lebih mendalam. Malahan pula masa yang diberikan untuk praktikum telalu singkat dan tidak semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan atas sebab-sebab yang tertentu yang tidak dapat dielakkan. Akan tetapi, segala pengalaman dan pengetahuan baru yang saya peroleh, saya yakin bahawa saya dapat melakukan yang terbaik semasa saya menjadi guru permulaan kelak. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada juga, saya berharap saya dapat menjadi guru permulaan yang baik, bukan sahaja dalam bidang akademik sahaja, bahkan dalam bidang kokurikulum juga. InsyaAllah…

Soalan 3
Bagaimanakah pengalaman dalam bidang kokurikulum di IPG Kampus Rajang dan pengalaman di sekolah (praktikum) dapat membantu anda yang akan menjadi guru permulaan di sekolah pada tahun hadapan? Huraikan kelebihan dan kekurangan ilmu anda serta cadangan unutk kebaikan semua pihak.
Hampir setahun saya menjalani Kursus Perguruan di IPG Kampus Rajang, terdapat banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya perolehi. Tidak kira dalam bidang akademik mahupun bidang kokurikulum.
Terdapat banyak pengalaman baru yang saya pelajari dalam bidang kokurikulum di IPG Kampus Rajang dan juga di sekolah semasa menjalani praktikum. Dengan adanya penglibatan saya dalam aktiviti olahraga, unit beruniform pengakap dan sukan dan permainan bola tampar begitu memberi ilmu baru kepada saya.
Dalam aktiviti olahraga misalnya, saya telah mempelajari banyak kemahiran asas untuk acara padang (contohnya: lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera) dan acara balapan. Saya percaya dengan kemahiran asas yang saya pelajari ini, sedikit sebanyak ia akan dapat membantu saya semasa di sekolah nanti. Di samping itu, saya juga telah mempelajari cara untuk mengendalikan mini sukan. Walaupun banyak kelemahan yang mungkin kami lakukan dalam mengendalikan sukan mini ini tetapi dengan pengalaman yang ada, saya berharap saya dapat melakukan yang terbaik semasa saya menjadi guru permulaan kelak.
Dalam sukan permainan pula, saya telah melibatkan diri saya dalam sukan permainan bola tampar. Walaupun saya telah melibatkan diri menjadi ahli sukan bola tampar di sekolah dahulu, saya merasakan pengalaman dan pengetahuan yang saya pelajari IPG Kampus Rajang lebih banyak berbanding dahulu. Walaupun saya hanya mempelajari kemahiran asas, tetapi saya yakin yang saya boleh melakukan yang terbaik semasa menjadi guru permulaan kelak. Terdapat banyak kemahiran asas permainan bola tampar yang saya pelajari di sini. Contohnya, pergerakan asas, latihan pembiasaan dengan bola, menyangga, mengumpan (setting), servis (servis atas dan bawah), merejam dan mengadang. Kemahiran-kemahiran asas ini amat penting dalam pengenalan awal pelajar-pelajar yang baru mengikuti sukan permainan ini. Saya juga telah mengikuti aktiviti kejurulatihan sukan bla tampar. Saya berharap daripada pengetahuan yang ada, saya dapat mengendalikan pertandingan bola tampar yang diadakan di sekolah kelak.
Selain itu, dalam unit beruniform pengakap pula, saya telah mempelajari banyak perkara baru yang sukar untuk saya lupakan. Segala aktiviti yang dijalankan dalam unit beruniform ini, amat berguna kepada saya pada masa akan datang. Contohnya, perkara pertama yang saya pelajari semasa perjumpaan petama adalah cara untuk menyambut ahli baru. Saya berasa seronok menjalani aktiviti ini. Di sini juga kita boleh lihat bahawa jika aktiviti ini dijalankan kepada para pelajar di sekolah rendah, tentu mereka lebih seronok menjalani aktiviti ini. Selain itu, aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan dalam unit beruniform ini seperti laung agung, ikatan dan simpulan, pertolongan cemas, kawad kaki, perkhemahan unit beruniform, membuat gadjet, pertandingan perbarisan unit berunifrom dan banyak lagi amat berguna kepada saya dalam mengendalikan aktiviti sebegini di sekolah kelak. Gambar di bawah adalah antara aktiviti unit beruniform yang telah saya ikuti di IPG Kampus Rajang.

NAMA : CARMENCHITA MEKAI (KPLI-SR MAT)

SOALAN 1

Huraikan apa yang anda faham tentang pengurusan kokurikulum, sukan permainan, olahraga dan unit beruniform di IPG Kampus Rajang. Maklumat anda termasuklah penglibatan diri anda serta sejauh mana ilmu yang anda dapat semasa di IPG Kampus Rajang memberi keyakinan untuk anda semasa menjalani praktikum yang lepas.

Pengurusan kokurikulum di IPG Kampus Rajang merupakan satu ilmu yang perlu diterapkan bagi seorang guru sebelum melangkah ke sekolah kelak. Pengurusan kokurikulum ini bukan sahaja bersukan atau berpesatuan sahaja, malah subjek ini membantu saya mengetahu perkara-perkara yang tidak saya ketahui di dalam pengurusan kokurikulum seperti merasai sendiri bagaimana menguruskan mini olahraga. Apa yang saya faham, pengurusan kokurikulum ini adalah memberi pendedahan awal kepada saya di dalam menguruskan kokurikulum seperti olahraga, sukan permainan dan unit beruniform. Pendedahan ini termasuklah, menyediakan kertas kerja, menguruskan hari sukan, mengetahui tentang peraturan-peraturan dalam setiap kokurikulum tersebut dan merasai sendiri pengalaman menganjurkan sendiri mini olahraga dan perkhemahan unit beruniform. Aktiviti yang dianjurkan pihak IPG Kampus Rajang telah memberi manfaat, idea dan pengalaman bagi saya di dalam pengurusan kokurikulum ini. Contohnya dalam olahraga, saya banyak belajar dan mengetahui teknik-teknik seperti permulaan larian, ukuran padang, peraturan-peraturan dan sebagainya yang sebelum ini tidak saya ketahui walaupun saya merupakan atlet sekolah dahulu.

Ilmu dan pengalaman dalam pengurusan kokurikulum yang saya dapat sepanjang pengajian saya di IPG Kampus Rajang telah saya praktikkan semasa di sekolah tempat saya berpraktikum. Dengan ilmu yang sedia ada dan ditambahkan lagi dengan penglibatan diri saya yang aktif sepanjang di IPG Kampus Rajang, saya sangat yakin mengendalikan kokurikulum di sekolah tersebut di mana saya telah diberi tugas untuk menjadi guru penasihat Olahraga dan Pengakap Kanak-kanak. Banyak ilmu yang murid tidak tahu telah saya ajar kepada mereka. Di sekolah mereka tidak didedahkan secara terperinci tentang olahraga dan pengakap. Saya telah sedaya upaya membantu murid-murid dengan memberi ilmu yang saya.

SOALAN 2

Huraikan peranan dan penglibatan anda dalam bidang kokurikulum di sekolah semasa praktikum. Adakah pengetahuan anda sudah mencukupi atau sebaliknya dengan menjelaskannnya berdasarkan pengalaman-pengalaman nyata yang berkaitan di sekolah.

Saya dan pasangan guru pelatih lain terlibat secara seratus peratus(100%) di sekolah semasa praktikum. Memandangkan guru penasihat kedua-dua kokurikulum Olahraga dan Pengakap merupakan guru Tahun 6 maka penglibatan mereka amat kurang/terhad. Jadi kegiatan kokurikulumolahraga dan pengakap diserahkan seratus peratus kepada saya dan pasangan praktikum saya. Pada pendapat saya, pengetahuan selama 6 bulan di IPG Kampus Rajang sebelum memulakan praktikum saya banyak membantu saya mengendalikan kedua-dua kegiatan kokurikulum ini. Pada pemerhatian saya, murid-murid di sini kurang didedahkan tentang kegiatan kokurikulum menyebabkan ramai yang tidak berminat kerana pada hari tersebut pengisian selama 1 jam iaitu jam 3.15pm – 4.15pm, murid-murid hanya di beri bola dan bermain di padang. Jadi, dengan pengetahuan yang saya dapat telah saya sumbangkan dan ajarkan kepada murid-murid semaksima yang mungkin. Contohnya dalam olahraga, teknik permulaan larian telah diajar dan ternyata murid-murid tidak mengetahui tentang teknik itu sebelum ini. Contoh pengakap pula, saya mengajar murid-murid membuat Laung Agung setiap kali perjumpaan. Selain itu, banyak lagi ilmu-ilmu yang telah saya berikan kepada murid-murid yang sebelum ini tidak diajar oleh guru penasihat.

Bagi saya pengetahuan yang saya dapat di IPG Kampus Rajang adalah mencukupi walaupun banyak lagi perkara yang belum dipelajari tetapi pengurusan kokurikulum ini telah menyediakan landasan atau asas (basic) pengetahuan yang kukuh bagi saya untuk kegunaan di sekolah kelak.

SOALAN 3

Bagaimanakah pengalaman dalam bidang kokurikulum di IPG Kampus Rajang dan pengalaman di sekolah (praktikum) dapat membantu anda menjadi guru permulaan di sekolah pada tahun hadapan? Huraikan kelebihan dan kekurangan ilmu anda serta cadangan untuk kebaikan semua pihak.

Pengalaman yang saya dapat di IPG Kampus Rajang banyak membantu dan menjadi panduan kepada saya untuk menguruskan mana-mana kegiatan kokurikulum di sekolah kelak. Walaupun pengajian saya singkat, pengalaman dan asas tentang pengurusan kokurikulum banyak membantu saya di sekolah praktikum saya. Manakala sepanjang penglibatan saya di sekolah tempat saya berpraktikum pula banyak mengajar saya tentang menguruskan murid-murid yang enggan datang ke kegiatan kokurikulum disebabkan tiada pengisian yang sempurna oleh guru penasihat mereka.

Kelebihan yang saya ada ialah saya boleh menarik minat murid-murid menyertai dengan aktif kegiatan kokurikulum ini. Saya banyak menerapkan unsur keseronokan dalam setiap aktiviti setiap kali perjumpaan. Berdasarkan pengalaman saya bersama murid-murid, mereka suka aktiviti yang menyeronokkan dan disamping mereka mempelajari sesuatu. Perkara ini akan saya teruskan di sekolah kelak.

Kelemahan dalam pengurusan kokurikulum ini adalah kurangnya modul atau buku khas yang digunakan menguruskan kokurikulum atau pengisian yang perlu ada semasa perjumpaan dengan murid-murid.

Cadangan saya adalah perlu disediakan buku atau modul standard untuk guru pelatih sebagai bekalan mereka di sekolah kelak.


NAMA : ANITA (KPLI-SR BIMBINGAN)

Soalan 1:

Huraikan apa yang anda faham tentang pengurusan kokurikulum, sukan permainan, olahraga, dan unit beruniform di IPG Kampus Rajang. Maklumat anda termasuklah penglibatan diri anda serta sejauh mana ilmu yang anda dapat semasa di IPG Kampus Rajang memberi keyakinan untuk anda semasa menjalani praktikum yang lepas.

Pengurusan kokurikulum, sukan permainan, olahraga dan unit beruniform merupakan ilmu dan pengalaman baru kepada saya. Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang saya dapati sangat membantu saya dalam praktikum saya. Semasa berada di IPG Kampus Rajang, saya telah melibatkan diri dalam dua jenis kokurikulum iaitu Unit Beruniform Pengakap dan Sukan permainan bola tampar.

Sukan permainan bola tampar yang telah saya sertai ini telah banyak membantu saya dari segi pengetahuan dan kemahiran. Walaupun di sekolah rendah dan menengah saya terdedah dengan permainan ini, tetapi saya tidak mempunyai pengetahuan yang meluas dan mendalam tentang permainan ini. Selain itu, saya tidak mempunyai kemahiran asas yang begitu penting dalam pengurusan permainan ini dan juga peraturan yang digunakan. Dengan adanya usaha pensyarah yang gigih dan bersungguh-sungguh dalam melatih saya dan rakan-rakan saya dalam sukan permainan ini dapat membantu kami dalam mendalami ilmu bola tampar dan meningkatkan kemahiran dalam bermain bola tampar. Sehubungan dengan itu, kami bukan sahaja dibekalkan dengan pengetahuan tentang bola tampar dan kemahiran bermain bola tampar, malah kami juga telah dibekalkan dengan cara mengendalikan pertandingan bola tampar serta cara menjadi pengadil. Pensyarah juga telah memberikan nota-nota berkaitan tentang bola tampar dan membuat amali di gelanggang bola tampar. Method ansur maju yang digunakan oleh pensyarah untuk mengajar kami tentang bola tampar sangat berkesan kerana banyak kemahiran yang telah diajar. Setelah kami menguasai kemahiran cara-cara bermain bola tampar dengan baik, kami telah diajar untuk mengendalikan pertandingan bola tampar. Di akhir semester satu, kami telah diberikan kepercayaan untuk menganjurkan satu pertandingan bola tampar di kalangan KPLI-SR Bimbingan Ambilan 2010. Dalam pengelolaan tersebut, semua ahli kelab bola tampar telah diberi tugas dan tanggung jawab masing-masing sehingga pertandingan itu telah berjalan dengan lancar. Setelah selesainya pertandingan tersebut, saya telah mempelajari banyak perkara dan ini telah cukup meyakinkan saya untuk pergi ke sekolah untuk praktikum kerana bekalan ilmu dan kemahiran telah memadai. Walaubagaimanapun, saya tidak berpeluang untuk menyertai kokurikulum sukan permainan bola tampar kerana pihak sekolah telah memilih saya untuk menyertai unit beruniform.

Penglibatan saya dalam kokurikulum unit beruniform Pengakap juga telah memberikan banyak faedah dan manfaat kepada saya semasa di IPG Kampus Rajang dan semasa menjalankan praktikum di SK Bandaran Sibu No.3. Semasa di IPG Kampus Rajang, pensyarah telah banyak membantu saya dari segi pengetahuan dan kemahiran. Saya telah terdedah dengan Pengakap semasa di sekolah rendah tetapi saya amat kurang pengetahuan dan pengalaman di dalam aktiviti yang dijalankan. Pengakap di sekolah rendah amat tidak aktif dan saya sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan Pengakap dan tujuan ianya dijalankan. Tetapi setelah menjalani semester satu dan menjalani praktikum selama lebih kurang 12 minggu, saya telah memahami dan menguasai ilmu kepengakapan. Sepanjang semester satu, kami telah diajar tentang ilmu kepengakapan, kemahiran dan diberikan perkhemahan unit beruniform dan telah mendapat kursus manik kayu. Semasa menjalani praktikum pula, saya telah diberikan tugas untuk menyertai kokurikulum unit beruniform pengakap kanak-kanak. Saya telah mengunakan ilmu kepengakapan yang diperolehi dari IPG Kampus Rajang dengan sepenuhnya. Saya telah begitu yakin bagi mengendalikan pengakap di sekolah praktikum saya.

Soalan 2:

Huraikan peranan dan penglibatan anda dalam bidang kokurikulum di sekolah semasa praktikum. Adakah pengetahuan anda sudah mencukupi atau sebaliknya dengan menjelaskannya berdasarkan pengalaman nyata yang berkaitan di sekolah.

Semasa menjalankan praktikum di SK Bandaran Sibu No.3 saya telah diberikan kepercayaan untuk menyertai unit beruniform pengakap. Di sekolah tersebut kami akan mengadakan perjumpaan unit beruniform pada setiap hari rabu pada pukul 2.15 petang sehingga 3.15 petang. Dalam unit beruniform pengakap di sekolah ini, terdapat 4 orang guru pengakap yang mengendalikan pengakap kanak-kanak tersebut. Pada setiap kali perjumpaan unit beruniform dijalankan, guru penasihat pengakap akan membahagikan tugas kepada semua guru-guru pengakap termasuk saya seperti mengambil kehadiran ahli pengakap, membuat laung agung, pemeriksaan pakaian seragam, menjalankan aktiviti dan sebagainya.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perjumpaan pengakap diadakan. Antaranya adalah seperti kawad kaki, nyanyian, belajar memasang khemah, belajar tentang bendera setiap negeri, belajar membuat tentang ikatan dan tali-temali dan sebagainya. Setiap aktiviti tersebut melibatkan semua guru pengakap termasuk saya untuk membantu ahli-ahli pengakap dalam menjalankannya. Pengalaman tersebut juga telah banyak membantu saya dalam memantapkan lagi ilmu kepengakapan saya.

Pengetahuan dan pengalaman yang saya dapati daripada IPG Kampus Rajang telah mencukupi bagi saya untuk menjalankan praktikum. Saya telah menggunakan pengetahuan tersebut dalam menyertai aktiviti pengakap di sekolah.

Walaubagaimanapun, sepanjang bulan ramadhan aktiviti kokurikulum telah ditangguhkan sehingga hujung tahun. Saya sebagai guru pelatih merasa rugi kerana peluang keemasan tersebut untuk menimba ilmu tentang pengurusan kokurikulum dan unit beruniform telah terlepas begitu sahaja. Kami tidak digalakkan untuk menjalankan sebarang aktiviti kokurikulum bagi menghormati mereka yang beragama islam untuk berpuasa.

Soalan 3:

Bagaimanakah pengalaman dalam bidang kokurikulum di IPG Kampus Rajang dan pengalaman di sekolah (praktikum) dapat membantu anda yang akan menjadi guru permulaan di sekolah pada tahun hadapan? Huraikan kelebihan dan kekurangan ilmu anda serta cadangan untuk kebaikan semua pihak.

Pengalaman dalam bidang kokurikulum di IPG Kampus Rajang dan pengalaman di sekolah semasa praktikum dapat membantu saya untuk menjadi guru permulaan di sekolah pada tahun hadapan. Ini kerana saya merasakan pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang di IPG Kampus Rajang sangat memadai dan mencukupi. Terdapat beberapa kelebihan dan terdapat juga kekurangan yang saya dapati daripada proses pembelajaran yang saya lakukan.

Antara kelebihan yang saya dapati ialah cara pengurusan kokurikulum di IPG Kampus Rajang dan perlaksanaan yang sangat baik telah diberikan kepada kami sebagai guru pelatih KPLI. Pensyarah telah memberi bimbingan yang baik dan komitment yang tinggi sepanjang semester pertama. Selain itu, sepanjang perkhemahan unit beruniform juga pensyarah juga telah menunjukkan komitment yang sangat tinggi dalam membimbing dan mengajar kami. Pertandingan kawad kaki antara unit beruniform juga memberi kelebihan kepada kami di mana sebelum ini saya kurang terdedah dalam pertandingan kawad kaki dan setelah menyertai pertandingan tersebut, ia merupakan pengalaman yang begitu bermakna kepada saya.

Semasa praktikum dijalankan, antara kelebihan yang saya dapati ialah pihak sekolah sangat memberi kerjasama yang sangat baik kepada kami sebagai guru pelatih. Pihak sekolah sangat memahami kehendak kami di sekolah dan memberikan kepercayaan kepada saya untuk menyertai unit beruniform pengakap. Mereka memberi peluang kepada saya dalam merancang aktiviti pada setiap kali perjumpaan bagi mendedahkan saya kepada aktiviti kepengakapan.

Walaubagaimanapun, terdapat kekurangan yang saya telah dapati iaitu sepanjang bulan ramadhan kami sekolah tempat saya praktikum telah menangguhkan aktiviti kokurikulum. Ini telah membuatkan diri saya kurang menonjol dari segi pengendalian kokurikulum. Jadi, pengalaman yang saya dapat hanya sedikit di sekolah semasa praktikum.

Sebagai jalan penyelesaian kepada kelemahan tersebut, pihak sekolah haruslah menggalakkan aktiviti kokurikulum dijalankan semasa bulan ramadhan tetapi hanya menjalankan aktiviti yang ringan sahaja. Ini kerana untuk memberi pengalaman yang cukup kepada guru pelatih KPLI kerana praktikum ini sebenarnya sangat membantu dalam persediaan kepada kami sebagai guru permulaan apabila berada di sekolah kelak. Hanya praktikum sahaja satu-satunya peluang kepada kami untuk menimba pengalaman yang betul-betul membantu kami dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum.


NAMA : JOANNA (KPLI-SR BIMBINGAN)

1.0 Kefahaman Tentang Ko-Kurikulum, Sukan Permainan, Olahraga dan Unit Beruniform di IPG Kampus Rajang

Di IPG Kampus Rajang, saya telah didedahkan dengan pelbagai aspek pengurusan kokurikulum, sukan permainan, olahraga dan unit beruniform merangkumi konsep, matlamat, objektif serta strategi pelaksanaan gerak kerja secara teori serta pratikalnya. Saya juga telah diberi tunjuk ajar berkenaan sistem pemfailan dan surat-menyurat, pengurusan mesyuarat dan kewangan dan protokol-protokol bagi majlis-majlis rasmi sehinggala ke istiadat bendera bagi pengurusan kokurikulum, teknik-teknik pukulan dan sistem pengadilan bagi sukan permainan iaitu bola tampar, teknik-teknik olahraga yang berfokuskan untuk murid-murid sekolah rendah seperti lontar peluru, larian dan lompatan dan sistem pengadilan sehingga ke penganjuran mini olahraga di mana saya selaku naib pengerusi telah bersama rakan-rakan lain bertungkus-lumus menjayakan projek yang cukup mencabar itu.

Di dalam kejohanan itu juga, saya telah ditugaskan sebagai juruacara dan pengalaman tersebut telah menyedarkan saya bahawa sebagai juruacara (juruhebah) kejohanan olahraga tidak sebegitu mudah sepertimana untuk majlis-majlis lain. Seseorang juruhebah seharusnya bekerja rapat dengan pencatat markah dan pegawai pendaftar peserta agar pengumuman permulaan sesuatu acara atau keputusan sesuatu acara telly dengan ketiga-tiga pihak. Ini penting agar tidak berlakunya sebarang kesilapan yang mampu membawa perasaan ketidakpuasaan hati peserta. Saya sangat bersyukur mendapat pengalaman baru sebagai iktibar dan bekalan masa depan saya.

1.2 Maklumat Penglibatan

Ko-Kurikulum

Jawatan

Penglibatan/Sumbangan

Unit Beruniform: Pengakap

Perkhemahan Unit-unit Beruniform IPGKR:

· Pengerusi Majlis(Mc) Penutupan dan Malam Ungun Api

1. Peserta Pertandingan Kawad Kaki Unit-unit beruniform IPG Kampus Rajang-Tempat ke 4.

2. Menjadi Pengerusi Majlis bagi Upacara Majlis Penutupan Perkhemahan Unit-unit beruniform IPG Kampus Rajang dan Malam Ungun Api.

3. Ketua bagi persembahan Malam Ungun Api.

Olahraga

Naib Pengerusi

Kejohanan Mini Olahraga:

· Naib Pengerusi

· Pengatur Tentif Program

· Pengurus Hadiah

· Pengacara Majlis (MC)

1. Naib Pengerusi bagi Kejohanan Mini Olahraga IPG Kampus Rajang.

2. Mengadakan mesyuarat bersama pengerusi dan ahli-ahli.

3. Mengecat garisan trek larian dan menyusun khemah dan alatan untuk Kejohanan Mini Olahraga.

4. Mengatur Tentif dan Buku Tentif Program Kejohanan Mini Olahraga.

5. Mengurus pembahagian dan pembaluan hadiah-hadiah (hamper).

6. Membantu pengurusan banner kejohanan.

7. Membantu pengurusan berkenaan jamuan untuk tetamu VIP.

8. Mengacara Kejohanan.

Sukan Permainan: Bola Tampar

Ahli Jawatan Kuasa

Pertandingan Persahabatan Bola Tampar

· Pengerusi Majlis (MC)

1. Menyediakan padang pertandingan termasuk menyapu, mengecat dan menyusun peralatan yang diperlukan seperti meja pengadil, papan catatan markah.

2. Menjadi peserta Pertandingan Persahabatan.

3. Menjadi pertugas Pertandingan Persahabatan-Linesmen, Ball keeper

1.3 Sejauh Mana Ilmu Yang Anda Dapat Semasa Di IPG Kampus Rajang Memberi Keyakinan Untuk Anda Semasa Menjalani Pratikum Yang Lepas

Ilmu-ilmu yang saya perolehi dari IPG Kampus Rajang releven kepada kehendak kini audence. Saya dengan sendirinya dapat merasakan keseronokan melakukan setiap aktiviti-aktivit baik semasa kelas, pengelolaan kejohanan mahupun perkhemahan semasa di IPG. Oleh kerana itu, saya berasa yakin bahawa ilmu terutama-sekali yang berbentuk aktiviti akan mendapat sambutan baik dari-segi penglibatan dan persepsi baik kepada kualitinya. Yang penting, cara penyampaian yang berkesan sudah tentu menjanjikan kehadiran penuh ahli untuk perjumpaan seterusnya.

2.1 Peranan Dan Penglibatan Anda Dalam Bidang Kokurikulum Di Sekolah Semasa Praktikum

KO-KURIKULUM

TUGAS/PERANAN

PENGLIBATAN/SUMBANGAN

Unit Beruniform:

Persatuaan Pengakap Kanak-kanak

· Penolong Pemimpin

· Naib Guru Penasihat

· Pengacara Majlis

· Penyajak

· Ketua Juri

· Jurulatih

1. Mengambil-alih tugas Guru Pembimbing untuk setiap perjumpaan ahli.

- Mengambil kedatangan ahli-ahli.

- Memeriksa kekemasan & kelengkapan uniform ahli.

- Membimbing :

ü Laungan “PEK”

ü Prosedur Istiadat Agung iaitu upacara menaikkan bendera dan nyanyian lagu “Negaraku” & “Ibu Pertiwiku”

ü Bacaan Rukun Negara & Ikrar Pengakap

ü Langkah “ Masuk & Keluar Baris”

ü Demostrasi “Pertolongan Cemas”

ü Demostrasi “Fungsi & Jenis-jenis Ikatan: Ikatan Buka Sila & Bunga Keti”

ü Ciri-ciri pakaian Pengakap yang lengkap & kepentingan dan cara memasang Skaf

ü Memperkenalkan lagu Kanak-kanak “ Tanya Sama Api”

ü Memastikan perbarisan ahli-ahli untuk Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 53 di SK Abang Ali, Sibu kemas dan lancar

2. Mewakili dan mengambil alih tugas Guru Penasihat (Beliau mempunyai tugasan penting sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Sibu) untuk Sambutan Hari Pengakap Sedunia Peringkat Sibu di Wisma Pengakap Sibu.

- Mengurus:

ü Kehadiran, disiplin, makan-minum dan keselamatan ahli-ahli

ü Mendaftar penglibatan ahli-ahli untuk pemainan “Indoors” Pengakap

ü Memastikan ahli-ahli pulang dengan selamat

3. Mengacara Majlis Makan Malam Indaba 2010 (Perhimpunan Para Pemimpin-pemimpin & Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pengakap Bhg. Sibu) di Hotel Tanahmas.

4. Menghadiri dan mewakili dan mengambil alih tugas Guru Penasihat (Beliau mempunyai tugasan penting sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Sibu) ke mesyuarat bulanan Persatuan Pengakap Sibu di Wisma Pengakap.

- Mencatat minit dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di sekolah kepada Pesuruhjaya Pengakap Sibu dan ahli-ahli majlis tertinggi.

5. Pembacaan sajak “ Tanah Kemerdekaan” sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke 53 di SK Abang Ali, Sibu.

6. Mengadili pertandingan Nyanyian lagu-lagu patriotik dan Deklamasi Sajak antara rumah sukan.

7. Jurulatih Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah-sekolah Bahagian Sibu

Sukan:

Badminton

· Penolong Guru Penasihat

1. Membantu menguruskan kehadiran ahli-ahli

2. Membimbing ahli untuk:

ü Aktiviti memanaskan badan

ü Mengenali dan mempelajari jenis-jenis pukulan seperti “Dari atas kepala,Service Pendek dan Panjang, Smash”

ü Mengenali gelangang dan fungsi-fungsi Pengadil, Penjaga Garisan dan Pencatat Markah

ü Mengadakan perlawanan persahabatan di antara ahli-ahli

2.2 Adakah Pengetahuan Anda Sudah Mencukupi Atau Sebaliknya Dengan Menjelaskannya Berdasarkan Pengalaman-Pengalaman Nyata Yang Berkaitan Di Sekolah

Unit Beruniform: Persatuaan Pengakap Kanak-Kanak SK Abang Ali, Sibu.

Minggu pertama, kami berdua pasangan telah diberi pendedahan dan bimbingan oleh Guru Penasihat, Pn. Serimah Adeni tentang pengurusan sesi perjumpaan bersama ahli Pengakap Kanak-kanak SK Abang Ali, Sibu. Kami berdua juga berkesempatan mengadakan sesi berkenalan bersama ahli. Minggu ke dua, saya mengambil-alih tugasan Guru Penasihat, saya berasa sedikit gementar kerana ini merupakan pengalaman baru bagi saya untuk mengurus satu sesi perjumpaan bersama-sama ahli. Nampak mudah, tetapi saya sedari banyak persiapan harus diadakan demi kelancaran sesi seperti susunan rutin aktiviti untuk pembukaan, pertengahan dan penutup serta impak kehadiran pertama saya di depan ahli-ahli. Syukur kehadiran pertama, saya telah mencerminkan seorang guru yang tegas dan mementingkan kekemasan ahli baik dari segi kelengkapan seragam dan disiplin ahli seperti mendengar arahan dan tidak membuat bising ketika berkumpul untuk aktiviti. Ini penting kerana berasaskan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya lepas, saya mempunyai kelemahan di dalam pengurusan disiplin murid kerana kehadiran pertama saya mencerminkan seorang guru yang mudah mesra dan ini tidak memberikan advantage kepada saya kerana murid-murid tidak dapat di kawal.

Pengalaman aktiviti Pengakapan di IPG Kampus Rajang telah banyak membantu saya seperti aturan permulan sesi iaitu dengan Tepuk Pengakap, dan terus kepada “PEK”, Istiadat Laungan Agung, upacara menaikkan bendera dan seterusnya aktiviti-aktiviti sepertimana yang telah dilakukkan di IPG Kampus Rajang.

Bagi segment perkongsian ilmu, saya berkesempatan berkongsi ilmu yang saya perolehi di IPG Kampus Rajang seperti ilmu pertolongan cemas-ikatan kecerderaan kepala, lengan dan tangan. Saya juga berkongsi pengalaman perkemahan Unit Beruniform yang diadakan di IPG Kampus Rajang dan ternyata ahli-ahli memberi perhatian dan menunjukkan minat mereka dengan bertanya soalan terutama-sekali untuk aktiviti memasak di dalam hutan seperti pengalaman saya memasak telur di dalam tanah, buluh dan tanah liat bersama rakan-rakan guru pelatih sekumpulan. Ahli-ahli teruja dan mengharapkan agar adanya satu aktiviti perkemahan sepertimana yang telah saya kongsikan bersama mereka pada suatu hari kelak.

Dengan perkongsian sebegitu, serta berpeluang melibatkan diri secara aktif di dalam Persatuan Pengakap Bahagian Sibu seperti menghadiri mesyuarat tertinggi serta majlis keramian tertinggi, saya sedari terdapat banyak perkara yang harus saya pelajari sebagai contoh, peraturan-peraturan kepengakapan di bawah Pekara 125 (8) :- pengiktirafan/ pengtauliahan penggunaan lencana “Pemimpin” pada lengan baju seragam dan maksud-maksudnya, penggunaan baju seragam di luar kawasan/ waktu kepengakapan, undang-undang menjalankan aktiviti-aktiviti di bawah nama persatuaan, kursus-kursus Manik Kayu dan kursus-kursus lain yang ditawarkan kepada ahli serta cara-cara untuk mencari/ memohon dana bagi Persatuan Pengakap di sekolah kelak.

Akhir sekali, terasa IPG Kampus Rajang dekat di hati apabila saya telah dipilih untuk menjadi jurulatih bagi menyediakan 3 buah gabungan ahli persatuan unit beruniform SK Abang Ali, Sibu berjumlah 30 orang yang terpilih untuk Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah-sekolah Sibu. Keyakinan wujud kerana saya berkesempatan melibatkan diri di dalam pertandingan kawad kaki IPG Kampus Rajang beberapa bulan sebelum nya. Walaupun hanya mendapat tempat ke 4, namun menurut Penolong Kanan Ko-kurikulum sekolah En Azahar Bin Rabu, ini merupakan satu perkembangan yang baik kerana jika dibandingkan tahun lepas, pasukan sekolah bukan berada di tempat ke 5 teratas.

Unit Sukan: Badminton

Di IPG Kampus Rajang, saya telah memilih Bola Tampar sebagai kokurikulum sukan saya manakala sepanjang pratikum, saya telah ditugaskan untuk membantu guru penasihat kelab Badminton SK Abang Ali, Sibu- Ustaz Amir Saifuddin untuk mengendali kelab tersebut. Saya bersyukur saya pernah melibatkan diri di dalam kelab badmintion ketika saya di sekolah rendah-tahun 3,4,5 dan 6 dahulu dan tambahan pula saya serta keluarga meminati dan mengikuti perkembangan pasukan kebangsaan di dalam kejohanan-kejohanan yang disiarkan di kaca tv. Disebabkan hal itu, saya memahami beberapa teknik pukulan, peraturan dan pengiraan markah. Pengalaman sebegitu telah membolehkan saya berkongsi ilmu bersama ahli-ahli kelab yang mana rata-ratanya mempunyai kemahiran asas bermain badmintion. Tugasan tersebut menjadi ringgan dan fokus utama saya adalah menambahkan minat mereka kepada sukan tersebut dan memastikan kehadiran setiap ahli penuh dengan cara memeriahkan setiap perjumpaan dengan perlawanan persahabatan di antara ahli.

Apa yang saya sering kaitkan dengan apa yang telah saya pelajari semasa penglibatan saya di kk- Bola Tampar di IPG Kampus Rajang adalah nilai-nilai murni seperti kerjasama, hormat-menghormati dan “team-spirit”. Paling penting adalah semangat mempercayai satu-sama yang lain. Jangan sesekali memandang rendah kepada potensi diri dan rakan-rakan begitu juga kepada murid-murid kita kelak.


3.1 Keyakinan Pengalaman Dalam Bidang Kokurikulum Di IPG Kampus Rajang Dan Pengalaman Di Sekolah (Praktikum) Membantu Di Sekolah Pada Tahun Hadapan

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi setelah diberi pendedahan demi pendedahan yang begitu padat oleh Pensyarah-pensyarah Pembimbing di IPG kampus Rajang. Selama satu tahun pengajian, saya telah didedahkan kepada dua situasi iaitu keadaan di IPG dan keadaan yang sebenarnya di sekolah. Dua pendedahan ini juga telah memberi sumber motivasi dan inspirasi saya untuk mengusahakan murid-murid yang berpotensi di dalam antara 4 bidang ini ke pringkat tinggi bagi mengharumkan nama sekolah.

Saya mempunyai beberapa impian suatu hari kelak iaitu ingin memajukan seni persembahan di sekolah yang bakal saya di tempatkan. Keyakinan ini wujud dengan adanya pengalaman yang kukuh di dalam seni persembahan terutama sekali seni persembahan kawad kaki berformasi yang saya perolehi semasa pertandingan kawad kaki Unit Beruniform IPG kampus Rajang dan seni persembahan pentas terutama sekali seni lakon dan tari. Saya juga dapat merasakan saya baka melahirkan dua orang anak murid saya yang akan menjadi pemegang rekod bagi acara lontar peluru dan melempar cakra kerana saya pernah diajar oleh guru saya dahulu teknik-teknik yang telah saya pakai dan diyakini berhasil yang mana menobatkan saya sebagai Olahragawati dan pemegang rekod sekolah sepanjang 3 tahun di peringkat sekolah rendah dan menengah.

3.2 Huraikan Kelebihan Dan Kekurangan Ilmu Anda Serta Cadangan Untuk Kebaikan Semua Pihak

Kelebihan:

1. “The drive to excel”/ Keupayaan untuk mencapai kecemerlangan

Pengalaman telah memimpin langkah yang bakal saya pilih. Yang penting, saya dapat merealisasikan impian saya untuk mengharumkan nama sekolah yang bakal saya tempatkan. The drive atau sumber inspirasi dan motivasi telah saya perolehi dan saya gengam sehingga kini adalah kekuatan atau kelebihan saya. Kepercayaan saya bahawa setiap murid-murid mempunyai potensi yang harus digilap juga menjadi tongak utama untuk saya berasa teruja.

Kekurangan:

1. Pengatahuan Dan Koleksi Aktiviti Yang Lebih

Semasa pratikum terutama-sekali untuk aktiviti kepengakapan dan badminton saya mengaku saya banyak “berlakon” yakin kepada apa yang saya kongsikan bersama ahli-ahli sedangkan saya dapat rasakan banyak pekara yang perlu saya pelajari seperti pernah seorang ahli bertanya kepada saya kenapa pengakap diharuskan menjalankan istiadat “Laungan Agung” dan jawapan standard saya berbentuk helah bela adalah kerana untuk membentuk perasaan kesetian ahli kepada persatuan. Jawapan ini tidak mendapat bantahan kerana murid-murid akan sentiasa setuju dengan jawapan gurunya. Tetapi, jawapan ini mengahantui saya kerana saya berasa saya telah menjawab soalan murid tersebut berdasarkan pendapat saya sendiri bukan kerana melalui fakta.

Cadangan Untuk Mengatasi Kelemahan

1. Banyakkan Lagi Pendedahan

Ternyata saya memerlukan lagi banyak pendedahan seperti perjumpaan-perjumpaan kelab dan persatuaan di peringkat dalaman sekolah serta luar sekolah sepertimana yang telah didedahkan oleh pihak sekolah SK Abg Ali, Sibu semasa pratikum. Sebagai contoh interaksi dengan unit persatuan di cawangan utama sepertimana Unit Pengakap Kanak-kanak SK Abang Ali, Sibu dengan Unit Pengakap Bahagian Sibu telah lakukan adalah contoh yang baik. Ini kerana kedua-dua pihak boleh bekerjasama dan berkongsi aktiviti-aktiviti kepengakapan seperti sambutan Hari Pengakap Sedunia yang di adakan di Wisma Pengakap dan hotel Tanahmas tempoh hari, bengkel-bengkel dan latihan-latihan kepegawaian.





No comments:

Post a Comment

Post a Comment