

PASUKAN 1 PASUKAN 2


PASUKAN 3 PASUKAN 4
Pertandingan bola tampar telah diadakan pada 15 Oktober 2010 (Jumaat) yang bertempat di gelanggang bola tampar Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh GERKO Bola Tampar KPLI-SR Ambilan Jun 2010 yang terdiri daripada Kumpulan 1, 2, 3 dan 4. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 - 9 orang peserta. Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Peserta pertandingan ini terdiri daripada pelajar KPLI - (Kumpulan Pemulihan Khas, Pengajian Sosial dan Sains ) Ambilan Jun 2010 yang berjumlah 33 orang guru pelatih.
Perasmian pertandingan bola tampar ini telah dijalankan di gelanggang bola tampar oleh Ketua Pensyarah Penasihat GERKO Bola Tampar iaitu Encik Amir bin Juhari dan diiringi oleh Puan Noor Zila Bt. Md. Yusuf
Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelatih dengan aktiviti pengelolaan dan pengadilan bola tampar yang sistematik. Selain itu, pelatih juga dapat mempraktikkan segala kemahiran bola tampar yang telah dipelajari dalam interaksi GERKO bola tampar setiap minggu iaitu pada setiap hari Khamis yang bermula dari jam 4.30 hingga 6.30 petang. Dengan menyertai pertandingan ini, mereka juga dapat menilai kemampuan diri dalam sukan bola tampar.
Dalam pengelolaan tersebut pelajar telah mempraktikan cara mengisi borang skor, mencatat markah, menjadi pengadil garisan, pengadil jaring dan pengadil pertandingan. Para pelatih juga mendapat pendedahan tentang bagaimana sesuatu pertandingan itu dijalankan. Penganjuran pertandingan ini juga adalah untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran kokurikukum GERKO Bola Tampar.
Senarai ahli kumpulan dan Jawatankuasa bagi kejohanan ini boleh dirujuk dalam bahagian lampiran. Manakala aturcara adalah seperti berikut:
Masa | Aktiviti-aktiviti |
1430 | Ketibaan Guru Pelatih |
1445 | Ketibaan Guru Penasihat |
1450 | Nyanyi Lagu “Negaraku”, “Ibu Pertiwiku” dan “Rajang Berbakti” |
1455 | Bacaan Doa |
1505 | Ucapan Perasmian, Encik Amir Juhari |
1525 | Pertandingan 1 |
1645 | Pertandingan 2 |
1615 | Pertandingan antara pasukan yang kalah |
1645 | Final |
1715 | Penyampaian Hadiah |
1725 | Sesi bergambar |
1730 | Pertandingan bola tampar berakhir |
Pertandingan dimulakan dengan pasukan kumpulan 1 dan kumpulan 2. Pertandingan di antara kumpulan ini telah dimenangi oleh kumpulan 1. Seterusnya permainan kedua adalah di antara pasukan kumpulan 3 dan kumpulan 4. Pertandingan ini pula dimenangi oleh kumpulan 4. Pertandingan antara pasukan yang kalah iaitu antara kumpulan 2 dan kumpulan 3 berlangsung dan kumpulan 3 berjaya menewaskan kumpulan 2. Selepas pertandingan tersebut berakhir, kumpulan 1 dan kumpulan 4 pula bertarung. Pertandingan ini telah berpihak kepada kumpulan 4 seterusnya menjadikan kumpulan 4 adalah juara pada pertandingan tersebut.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah diadakan selepas pertandingan berakhir dan hadiah disampaikan oleh Encik Amir bin Juhari dan Puan Noor Zila bt. Md. Yusuf . Berikut adalah keputusan akhir kejohanan;
Kedudukan Pertama | : Kumpulan 4 |
Kedudukan Kedua | : Kumpulan 1 |
Kedudukan Ketiga | : Kumpulan 3 |
Kedudukan Keempat | : Kumpulan 2 |
Pemain Terbaik : Pn. Rashida A. Samad ( kumpulan 4 )
Kejohanan sukan Mini Olahraga ditutup dengan ucapan ringkas daripada En. Amir Bin Juhari sebagai Pensyarah Pembimbing. Semua guru pelatih menikmati makanan ringan dan selepas itu bergotong royong membersihkan kawasan gelanggang bola tampar sebelum bersurai.
Disediakan Oleh,
Salbiah @ Eva Alvana Binti Bakait
Setiausaha Gerko Bola Tampar
KPLI- Jun 2010
No comments:
Post a Comment