Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Sunday, April 3, 2011

Laporan Perbarisan Mingguan Badan Beruniform Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang

Pada 9 Februari 2010, perbarisan badan beruniform telah bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 7.30 pagi di perkarangan Dewan Sri Rajang, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.Perbarisan tersebut merupakan aktiviti rutin yang dijalankan oleh pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang pada setiap hari Rabu. Perbarisan ini juga bertujuan menanamkan semangat patriotik pelajar dan juga mencungkil bakat kepimpinan selain sebagai gelanggang pengucapan awam kepada bakal pendidik.

Seramai 295 orang pelajar(semua pelajar) dari badan beruniform terdiri daripada Pergerakan Pengakap Malaysia, Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Kadet Pandu Puteri telah menghadiri perbarisan. Pergerakan Pengakap Malaysia telah bertindak selaku badan beruniform yang bertugas untuk menganjurkan perbarisan tersebut. Saudara Awang Hafiz Awang Ahmad telah dilantik sebagai komander perbarisan.

Dua orang pensyarah telah hadir iaitu Encik Abdul RazakMohd Amin selaku pensyarah penasihat Kadet Remaja Sekolah merangkap Penyelaras Unit Beruniform dan Puan Florina Sigay selaku pensyarah penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah. Pensyarah-pensyarah lain telah pergi menyelia praktikum.

Pengisian perbarisan pada pagi tersebut bermula dengan nyanyian tiga lagu iaitu Negaraku, Ibu Pertiwiku, dan Rajang Berbakti. Kemudiannya bacaan doa dilakukan diketuai oleh Saudara Muhammad Abid Khaidir. Penyampaian pidato yang merupakan acara wajib dalam perbarisan mingguan telah disampaikan oleh Saudari Ting Siew Ching dengan tajuk “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”.

Aktiviti perbarisan tersebut telah disempurnakan dengan ucapan oleh Encik Abdul Razak Mohd Amin. Dalam ucapan tersebut, beliau menegaskan bahawa perbarisan harus dilakukan dengan lebih berdisiplin dari segi keseragaman kawad kaki. Beliau juga berharap agar pelajar dapat mempertingkatkan kemahiran kawad kaki.

Tepat pukul 7.30 pagi, perbarisan mingguan telah selesai disempurnakan dan para pelajar bersurai untuk ke kelas masing-masing.

Disediakanoleh

(Fan Ying Shi)

Setiausaha

PergerakanPengakap Malaysia

InstitutPendidikan Guru Kampus Rajang