Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Sunday, January 22, 2012

Laporan Aktiviti Unit Beruniform Pandu Puteri KDPM KDC KEMAS KOHORT 3 Ambilan November 2010 Peringkat 2

Kumpulan Unit Beruniform Pandu Puteri KDPM KDC KEMAS Kohot 3

Gambar Kumpulan KEMAS Kohot 3 Bersama Tuan Pengarah

En. Raymond Gai Panting @ Gaie


1. Senarai AJK
Jawatankuasa Induk Pandu Puteri KEMAS Kohot 3

Bil

Jawatan

Nama

Nama Ahli

1

Pengerusi

Dayang Roziahwati

2

Setiausaha

Meria Nyawai

3

Komandan

Haminah Bte. Kinit

4

Bendahari

Roselind Engkulau

5

Ketua Petrol

1

Etom (Melor)

Evelin, Marylyne, Roseline M, Roseline N & Meria

2

Daliana (Teratai)

Hanisah, Hamsiah, Asni, Norliza, Juliati & Saamah

3

Maria Minado

Kamariah, Rosita, Veronica, Grace & Sumi

4

Jot Ak Rayong

Noralina, Dyg Roziahwati, Haminah, Roselind E &Dyg Rajamah




Saturday, January 21, 2012



Facebook Chinese New Year - http://www.chinesenewyeartext.com


UNIT BERUNIFORM KDC DI IPG KAMPUS RAJANG PEMANGKIN KEPADA PELAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN






Sejak Jun 2009 hingga Disember 2011 IPG Kampus Rajang telah mengambil 4 kohort KDPM KDC yang terdiri daripada guru-guru KEMAS dan JPNIN untuk mengikuti pengajian perguruan bagi memperolehi segulung Diploma Perguruan selama 6 peringkat (3 tahun). Ambilan Pertama pada Jun 2009(satu kumpulan), Ambilan Kedua pada November 2009(satu kumpulan), Ambilan Ketiga pada November 2010 (satu kumpulan) dan Ambilan November 2011 (2 kumpulan).

Walaupun pada dasarnya guru-guru ini ditugaskan mengajar kanak-kanak tadika di stesen masing-masing yang berlainan situasi dengan guru-guru di sekolah iaitu tidak terlibat dengan aktiviti kokurikulum namun semasa pengajian di IPG mereka terpaksa mengikuti semua aktiviti Kokurikulum berdasarkan Sukatan Kokurikulum KDPM. Selain permainan, olahraga, dan persatuan mereka juga menikuti aktiviti Unit Beruniform seperti Pandu Puteri, PBSM, dan juga Pengakap.

Aktiviti Unit Beruniform ini telah banyak memberi pengalaman kepada mereka kerana aktiviti tersebut banyak menerapkan disiplin diri dalam kumpulan dan juga nilai-nilai kepimpinan. Mereka juga sangat beruntung kerana sokongan dan dorongan yang kuat daripada Encik Raymond Gaie Panting @Gaie, Tuan Pengarah IPG Kampus Rajang , Encik McNair Kudang Ketua Unit Kokurikulum dan Encik V.Rajasegara selaku Penyelaras Program KDPM KDC KEMAS&JPNIN IPG Kampus Rajang.

Tuan Pengarah sentiasa mengingatkan mereka, jika ingin menjadi guru yang sempurna hendaklah mengambil semua peluang aktiviti yang dianjurkan sama ada wajib atau sebaliknya, dan mengikutinya dengan penuh kesungguhan. Beliau juga berharap melalui aktiviti kokurikulum secara tidak langsung akan menjadi pemangkin kepada kejayaan Pelan Transformasi pendidikan Negara apabila ilmu yg diperolehi di IPG Kampus Rajang dapat dikongsi bersama dengan kanak-kanak tadika di stesen masing-masing.