Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Tuesday, August 2, 2011

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Diantara Skuad IPG Kampus Rajang dengan pasukan bola sepak Sarawak Maritime Academy (SMA) Bahagian Sibu




Pada 5 Mei 2011, satu perlawanan persahabatan bola sepak diantara skuad IPG Kampus Rajang dengan pasukan bola sepak Sarawak Maritime Academy (SMA) Bahagian Sibu telah berlansung di Padang Bola Sepak SMK Meradong pada pukul 4.30 petang. Kunjungan skuad bola sepak Sarawak Maritime Academy (SMA) Bahagian Sibu kali ini amat penting kepada skuad bola sepak IPG Kampus Rajang memandangkan ini merupakan perlawanan pertama diantara kedua-dua pasukan dari dua institusi pendidikan yang berbeza.

Perlawanan persahabatan ini adalah bertujuan untuk menyemai semangat kesukanan dikalangan para permain dan juga mengeratkan lagi hubungan antara pihak Institut dengan pihak luar. Selain itu juga, aspek pengelolaan dan kepengadilan diterapkan sepanjang berlansungnya perlawanan persahabatan ini. Kedua-dua pasukan sama-sama mempemerkan persembahan yang menarik sepanjang permainan dengan harapan beroleh kemenangan.

Namun demikian, skuad bola sepak Sarawak Maritime Academy (SMA) Bahagian Sibu terpaksa akur dengan kehebatan permain bola sepak IPG Kampus Rajang. Pada perlawanan tersebut, IPG Kampus Rajang telah memenangi perlawanan dengan jaringan 4-1. Gol pembukaan telah dijaringkan oleh pemain pasukan pelawat pada separuh masa pertama dan selang beberapa minit selepas ini pasukan IPG Kampus Rajang telah memperoleh gol penyamaan hasil tandukan cantik, saudara Robin Jerome ketika sepakan sudut. Gol kedua IPG Kampus Rajang telah dijaringkan oleh Mohd. Sharizan 10 minit sebelum wisel masa pertama dibunyikan.

Pada separuh masa kedua, Skuad IPG Kampus Rajang telah berjaya menggandakan jaringan hasil gerakkan menarik pensyarah IPG Kampus Rajang, Encik Mat Kamal yang turut bermain pada petang itu. Skuad IPG Kampus Rajang terus mengasak ke kubu lawan dan berjaya memperoleh gol keempat menerusi sepakan kencang Mohd. Yusri menggegarkan jaring gol pasukan lawan menjadikan keputusan 4-1 sehingga tamat perlawanan.

Pasukan IPG Kampus Rajang terdiri daripada pelajar PISMP Sem 7, PISMP Sem 5, PISMP Sem 1, PISMP Sem 3 dan PPISMP. Pasukan IPG Kampus Rajang adalah dibawah bimbingan Encik Mahmud dan Encik V. Raja Segara. Untuk perlawanan kali ini, Tony Buda Ak Gendang, pelajar PISMP Prasekolah Ambilan 2009 telah diberi tanggungjawab mengetuai pasukan IPG Kampus Rajang, Sarawak. Kehadiran Pengarah IPG Kampus Rajang, Encik Raymond Gai Panting menyemarakkan lagi semangat skuad IPG Kampus Rajang untuk memenangi perlawanan persahabatan ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga Kampus Rajang yang bersama-sama memberi sokongan pada hari perlawanan tersebut. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat berpasukan, berkerjasama dan mengeratkan lagi hubungan diantara para guru pelatih. Majulah Sukan Untuk Negara.

Disediakan Oleh: Tony Buda Ak Gendang

Ketua Pasukan Bola Sepak IPG Kampus Rajang

1 comment:

  1. jom friendly dengan team FLYING CLUB di UNIMAS..team tgah naik..

    ReplyDelete