Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Monday, August 8, 2011

TAHNIAH DAN SYABAS KETUA UNIT KOKURIKULUM(KUK)


Pada 22 Julai 2011 yang lalu, IPG Kampus Rajang telah mengadakan sambutan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) sempena perhimpunan bulanan IPG Kampus Rajang yang dihadiri oleh semua pelajar, AKS, dan pensyarah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, Encik Raymond Gai Panting@Gaie dengan penuh gemilang sekali. Salah seorang daripada 11 penerima APC adalah En.Mcnair Kudang (Ketua Unit Kkokurikulum). Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau kerana apa yang telah beliau usahakan selama ini diiktiraf oleh pihak pentadbiran. En.Mcnair Kudang adalah seorang pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihata(PJK) yang sangat disenangi pelajar serta rakan sejawat kerana sentiasa ingin membantu dan menerima pendapat orang lain. Sejak awal 2009 lagi, beliau ditugaskan untuk meneraju Unit Kokurikulum dan beliau telah menjalankan banyak perubahan dan pembaharuan berlandaskan prosedur kerja MS ISO 9001:2008. Dengan bantuan lontaran idea mantan Timbalan Pengarah Tuan Hj. Mat Akhir Abdullah, wujudlah satu idea untuk mengadakan satu sesi perbarisan unit-unit beruniform. Perbarisan Unit Beruniform ini diadakan pada setiap Hari Rabu pada pukul 7.00 pagi yang diadakan di hadapan Dewan Sri Rajang dengan pengisian dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan mengikut unit seperti Pengakap, TKRS, BSSM dan Pandu Puteri. Kemudian diikuti dengan nyannyian lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku, lagu Rajang Berbakti serta bacaan doa. Tempoh masa 10 minit diberikan kepada wakil pelajar secara spontan untuk berpidato di khalayak peserta, kemudian diikuti amanat daripada Ketua Unit Kokurikulum dan pengumunan daripada Ketua Jabatan Ha Ehwal Pelajar. Perbarisan tersebut juga mendapat sokongan daripada Tuan Pengarah yang sentiasa hadir untuk memberi motivasi seperti yang dimulakan oleh mantan Timbalan Pengarah yang kini bertugas di IPG Kampus Ipoh, Perak. Terima kasih kepada mantan Timbalan Pengarah dan Tuan Pengarah yang begitu proaktif dalam menyertai perbarisan ini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Encik Mcnair Kudang di atas penganugerahan APC 2010.

Encik Mcnair juga seorang ketua Unit Ketua Kokurikulum yang sentiasa ada bersama pelajar tanpa mengira masa dan ruang. Beliau senantiasa selesa bergaul dan bermain bers.ama pelaja. Apabila ditanya apakah prinsip kerja beliau? Katanya “LOVE”, iaitu cintai kerjaya, cintai keluarga dan sayangi diri sendiri.




No comments:

Post a Comment