Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Monday, August 8, 2011

TAHNIAH DAN SYABAS KETUA UNIT KOKURIKULUM(KUK)


Pada 22 Julai 2011 yang lalu, IPG Kampus Rajang telah mengadakan sambutan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) sempena perhimpunan bulanan IPG Kampus Rajang yang dihadiri oleh semua pelajar, AKS, dan pensyarah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, Encik Raymond Gai Panting@Gaie dengan penuh gemilang sekali. Salah seorang daripada 11 penerima APC adalah En.Mcnair Kudang (Ketua Unit Kkokurikulum). Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau kerana apa yang telah beliau usahakan selama ini diiktiraf oleh pihak pentadbiran. En.Mcnair Kudang adalah seorang pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihata(PJK) yang sangat disenangi pelajar serta rakan sejawat kerana sentiasa ingin membantu dan menerima pendapat orang lain. Sejak awal 2009 lagi, beliau ditugaskan untuk meneraju Unit Kokurikulum dan beliau telah menjalankan banyak perubahan dan pembaharuan berlandaskan prosedur kerja MS ISO 9001:2008. Dengan bantuan lontaran idea mantan Timbalan Pengarah Tuan Hj. Mat Akhir Abdullah, wujudlah satu idea untuk mengadakan satu sesi perbarisan unit-unit beruniform. Perbarisan Unit Beruniform ini diadakan pada setiap Hari Rabu pada pukul 7.00 pagi yang diadakan di hadapan Dewan Sri Rajang dengan pengisian dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan mengikut unit seperti Pengakap, TKRS, BSSM dan Pandu Puteri. Kemudian diikuti dengan nyannyian lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku, lagu Rajang Berbakti serta bacaan doa. Tempoh masa 10 minit diberikan kepada wakil pelajar secara spontan untuk berpidato di khalayak peserta, kemudian diikuti amanat daripada Ketua Unit Kokurikulum dan pengumunan daripada Ketua Jabatan Ha Ehwal Pelajar. Perbarisan tersebut juga mendapat sokongan daripada Tuan Pengarah yang sentiasa hadir untuk memberi motivasi seperti yang dimulakan oleh mantan Timbalan Pengarah yang kini bertugas di IPG Kampus Ipoh, Perak. Terima kasih kepada mantan Timbalan Pengarah dan Tuan Pengarah yang begitu proaktif dalam menyertai perbarisan ini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Encik Mcnair Kudang di atas penganugerahan APC 2010.

Encik Mcnair juga seorang ketua Unit Ketua Kokurikulum yang sentiasa ada bersama pelajar tanpa mengira masa dan ruang. Beliau senantiasa selesa bergaul dan bermain bers.ama pelaja. Apabila ditanya apakah prinsip kerja beliau? Katanya “LOVE”, iaitu cintai kerjaya, cintai keluarga dan sayangi diri sendiri.




Thank You Mr. Faizal

Unit Kokurikulum kehilangan seorang pekerja muda kerana telah ditukarkan ke unit lain. Beliau yang dimaksudkan adalah Encik Faizal Omar(PAP) yang telah 2 tahun bertugas dalam Unit ini. Walaupun beliau hanya seorang PAP(Pembantu Am Pejabat) tetapi beliau banyak membantu Ketua Unit Kokurikulum dalam urusan percetakan sijil kerana beliau sangat mahir dalam penggunaan ICT. Pertukaran beliau merupakan kerugian besar bagi unit ini kerana Encik Faizal ini juga seorang yang ringan tulang. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, pihak Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Faizal Omar dan mengharapkan beliau terus memberi sumbangan yang cemerlang di tempat atau unit baru di mana beliau bertugas. Andai ada terkasar bahasa tersilap kata, kami mohon seribu kemaafan. Terima kasih di atas sumbangan dan khidmat beliau.



WELCOME JOHN


Berkuatkuasa pada 1 Ogos 2011 Unit Kokurikulum telah menerima seorang lagi pegawai iaitu Encik Johari Abdullah(PAP) yang ditukarkan dari Unit Fail di Pejabat Am untuk menggantikan Encik Faizal Omar(PAP) yang juga ditukarkan ke Makmal Sains. Ini adalah hasil daripada penstrukturan semula bagi meningkatkan prestasi kerja yang lebih efisien. Encik Johari Abdullah yang lebih dikenali dengan panggilan John merupakan seorang pekerja yang sangat rajin dan telah bekerja di kampus ini hampir 30 tahun dan mempunyai banyak pengalaman dalam pelbagai bidang kerja. Encik Mcnair Kudang selaku Ketua Unit Kokurikulum mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada kepada Encik Johari Abdullah.


SELAMAT DATANG CIK WONG SIEW LANG


Pada 25 Julai 2011 yang lalu, Unit Kokurikulum telah menerima seorang pegawai baharu iaitu Cik Wong Siew Lang sebagai Jurulatih Kokurikulum institut. Beliau merupakan anak jati Bandar Nanas (Sarikei) yang sebelum ini pernah mengajar di SMK Kidurong, Bintulu. Cik Wong Siew Lang merupakan seorang yang sangat aktif dalam bidang sukan seperti bola jaring dan bola tampar. Kesungguhan beliau melibatkan diri dalam aktiviti sukan tersebut telah melayakkan beliau untuk bertanding ke peringkat Kebangsaan. Cik Wong juga merupakan seorang guru berpengalaman yang telah mengajar lebih daripada 22 tahun mempunyai kelulusan Ijazah Pendidikan(B&K) di Universiti Putra Malaysia(UPM) pada tahun 2001 dan Master Sains (HRD)-UPM pada tahun 2004. Selain itu, beliau merupakan bekas guru pelatih dari Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang pada tahun 1986 sehingga tahun 1988. Dengan pengalaman yang luas dalam bidang sukan, diharapkan beliau dapat memberikan sumbangan dan khidmat yang lebih progresif kepada Unit Kokurikulum di Institut Pendidikan Guru ini. Encik Mcnair Kudang yang merupakan peneraju Unit Kokurikulum sangat mengalu-alukan kedatangan beliau memandangkan banyak aktiviti yang bakal dijalankan pada semester ini dan juga pada masa akan datang. Oleh itu pihak Unit Kokurikulum serta semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang mengucapkan selamat bertugas kepada Cik Wong Siew Lang.


Tuesday, August 2, 2011

SKUAD IPG RAJANG JUNIOR


Pada 24 Mac 2011, skuad IPG Kampus Rajang Junior Bintangor telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan SMK Luar Bandar No.1 Sibu. Skuad terbaru ini diwakili oleh 11 orang pelajar PPISMP dan 5 orang pelajar PISMP. Skuad ini dibentuk disebabkan skuad Rajang sebenar kebanyakkannya menjalani Praktikum dan PBS di sekolah yang menyebabkan mereka tidak dapat beraksi. Namun demikian, skuad terbaru Rajang ini telah menampakkan sinar harapan apabila membenam SMK Luar Bandar Sibu 0-3 di tempat lawan. Jaringan pertama telah dijaringkan oleh Garry Russel Ak Gorger Lennon yang menampan bola yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol SMKLBS hasil tendangan kencang Roy Penggang. Jaringan kedua dan ketiga pula telah dijaringkan oleh Mohd. Sharizan yang menerima umpanan daripada Roy penggang dan hasil pergelutan yang berlaku di kawasan gawang gol SMKLBS. Dengan muka yang baru, skuad IPGKR Junior telah berjaya membuktikan bahawa mereka antara yang terbaik. Dengan kemenangan ini juga, skuad IPGKR Junior berharap akan dapat diberikan peluang sekali lagi untuk mengharumkan nama Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang. Dengan ini juga kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Kokurikulum yang sentiasa memberi sokongan kepada pelajar ingin beraksi dengan pasukan luar.

Dilaporkan,

Roy Penggang