Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Tuesday, June 8, 2010

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 2010

Pertandingan bola tampar telah diadakan pada 7 Mei 2010 (Jumaat) yang bertempat di gelanggang bola tampar Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh GERKO Bola Tampar KPLI-SR Ambilan Januari 2010 yang terdiri daripada Kumpulan Matematik dan Bimbingan. Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 3.00 petang sehingga 6:30 petang. Peserta pertandingan ini terdiri daripada pelajar KPLI-SR Ambilan Januari 2010 (Matematik & Bimbingan) berjumlah 25 orang pelajar.

Perasmian pertandingan bola tampar ini telah dilakukan di gelanggang bola tampar oleh Ketua Pensyarah Penasihat GERKO Bola Tampar, Puan Noor Zila bt. Md. Yusuf dan diiringi oleh Encik Amir bin Juhari dan Puan Ling Ching Rou.

.

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan aktiviti pengelolaan dan pengadilan bola tampar yang sistematik. Selain itu, pelajar juga dapat mempraktikkan segala kemahiran bola tampar yang telah dipelajari dalam interaksi GERKO bola tampar setiap minggu, pada hari Khamis 4.30 hingga 6.30 petang. Dengan menyertai pertandingan ini, mereka juga dapat menilai kemampuan diri dalam sukan bola tampar. Dalam pengeloaan tersebut pelajar telah mempraktikan cara mengisi borang skor, mencatat markah, menjadi pengadil garisan, pengadil jaring dan pengadil pertandingan. Para pelajar juga mendapat pendedahan tentang bagaimana sesuatu pertandingan itu dijalankan. Penganjuran pertandingan ini juga adalah untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran kokurikukum GERKO Bola Tampar.

No comments:

Post a Comment