Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Friday, June 11, 2010

Kejohanan Sukan Mini Olahraga Pada 11 Mei 2010

Pada 11 Mei 2010 yang lepas, guru pelatih dari kumpulan KPLI-SR Ambilan Januari 2010 (Matematik dan Bimbingan) telah menganjurkan kejohanan sukan Mini Olahraga 2010 di Padang Hoki, IPG Kampus Rajang. Kejohanan ini berlangsung mulai jam 2 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang, Tuan Haji Mat Akhir b. Abdullah telah sudi merasmikan kejohanan ini dengan diiringi En. McNair (Ketua Unit Kokurikulum), En. Chula, En. Bekarang Ingas, Pn. Alice P.T. (Pensyarah Pembimbing Olahraga), serta pensyarah-pensyarah lain.

Dengan bertemakan “Integrasi Sukan, Gemilang IPR”, kejohanan sukan Mini Olahraga 2010 bertujuan mendedahkan para guru pelatih kepada aktiviti penganjuran dan pengelelolaan sesuatu aktiviti. Dalam penganjuran kejohanan seperti ini para guru pelatih akan dapat menimba pengalaman sebagai ahli jawatankuasa penganjur selain sebagai peserta kejohanan. Selain daripada itu, penganjuran ini juga bagi memenuhi kehendak silibus kokurikulum olahraga.













No comments:

Post a Comment