Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Thursday, October 29, 2009

Perhimpunan Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Peringkat IPGM Kampus Rajang

TARIKH : 21 Oktober 2009
MASA : 7.30 pagi
TEMPAT : Dewan Sri Rajang

Ucaptama Majlis... En. Nicholas Ugul, Pengarah IPGM Kampus Rajang menyampaikan ucapan beliau semasa Perhimpunan Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Peringkat IPGM Kampus Rajang

Ucapan Penganjur... Ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Tuan Haji Kamarul Ariffin Bin Din, KJ Pengajian Melayu IPGM Kampus Rajang

Warisan... Para pelajar mempersembahkan persembahan nyanyian medley lagu-lagu rakyat.

Selamat Bertandang dan Selamat Bertugas di IPGM Kampus Rajang


Kami, seluruh Warga IPGM Kampus Rajang ingin mengalu-alukan kedatangan Tuan Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang yang baru iaitu Tuan Haji Mat Akhir Bin Haji Abdullah ke kampus hijau kami... Selamat bertugas...

Tuesday, October 20, 2009

Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang



SELAMAT JALAN DAN SALAM KENANGAN BUAT TIMBALAN PENGARAH IPGM KAMPUS RAJANG , BINTANGOR

Warga IPGM Kampus Rajang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Pengarah, iaitu Encik Mohamed Rahmat Bin Md. Yasin kerana telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas beliau terutamanya sebagai pengerusi bagi Unit Kokurikulum IPGM Kampus Rajang. Selamat maju jaya .


Monday, October 12, 2009

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform KPLI dan PISMP 2009

Pada 7 Oktober sehingga 10 Oktober 2009 telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan unit beruniform bagi KPLI dan PISMP 2009 bertempat di Pulako IPGM Kampus Rajang. Seramai 177 anggota kadet telah berjaya menamatkan perkhemahan tersebut. Setiap unit beruniform terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Warna Warni Anggota Kadet Sepanjang Perkhemahan







Kadet Remaja Sekolah KPLI



Kadet Remaja Sekolah PISMP



Persatuan Pandu Puteri Malaysia



Persatuan Pengakap KPLI



Persatuan Pengakap PISMP


Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Monday, October 5, 2009

Aktiviti Akan Datang

  • Seramai 177 orang pelajar KPLI Ambilan Jun 2009 dan PISMP (PJ & PSV) Semester 4 akan mengikuti perkhemahan unit-unit beruniform bermula pada 7 Oktober 2009 sehingga 10 Oktober 2009 di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPGM Kampus Rajang,Bintangor.

Monday, September 21, 2009

Sekitar Simulasi "Warm Up & Cool Down"


TARIKH : 9 September 2009
MASA : 7.30 am
TEMPAT : Dewan Sri Rajang

Sesi Perkongsian.. Ketua Jabatan PJK IPGM Kampus Rajang, Dr. Ong Kong Swee berkongsi kepada semua pelajar mengenai kepentingan dan cara yang betul ketika melakukan "Warming Up dan Cooling Down"

Mahir... Para pelajar IPGM Kampus Rajang membuat simulasi "Dynamic Stretching, Static Stretching, dan PNF Stretching"

Fokus... Pelajar yang terlibat yang terdiri daripada semua pelajar KPLI, PISMK-OUM, PISMP dan PPISMP sedang tekun mendengar penerangan daripada KJ PJK dan barisan fasilitator.

Tuesday, September 8, 2009

Aktiviti Mendirikan Khemah Oleh Persatuan Pengakap PISMP IPGM Kampus Rajang 2009

Tarikh : 8 / 9 / 2009

Masa : 4.30pm – 5.30pm (Bulan Ramadhan)

Pensyarah Pembimbing : En.Ismail, En. Ho Chiek Heng dan En. Haidi

Aktiviti :

· Laung agung yang dipimpin oleh Akela iaitu Mohd Fahmi.

· Mendirikan khemah mengikut sekawan masing-masing iaitu merah, biru, hijau dan kuning.

· Penutup - semua sekawan masuk dalam 1 barisan dan keluar baris.