Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Monday, August 9, 2010

Perlawanan Bola Sepak SMK Meradong vs IPG Kampus Rajang

SMK Meradong 1 – 2 IPG Kampus Rajang









Perlawanan persahabatan bola sepak dengan pasukan bola sepak SMK Meradong berlansung pada 4 Ogos 2010 (Rabu), pukul 3.30 petang di Padang Bola Sepak SMK Meradong. Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk menyemai semangat kesukanan dalam kalangan para permain dan juga mengeratkan lagi hubungan antara pihak Institut dengan pihak sekolah.

Pada perlawanan tersebut, IPG Kampus Rajang telah memenangi perlawanan dengan jaringan 2-1. Gol pembukaan telah dijaringkan oleh Mohd. Ezzat Ezzani pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Skuad SMK Meradong telah berjaya menyamakan kedudukan 1-1. Namun, skuad IPG Kampus Rajang terus mengasak ke kubu lawan dan berjaya memperoleh gol menerusi sepakan percuma Mohd. Sharizan sebelum dirembat kencang oleh Mohd Yusri ke dalam gawang pasukan lawan dan kedudukan kekal 2-1 sehingga tamat perlawanan.

Pasukan IPG Kampus Rajang terdiri daripada pelajar PISMP Sem 4, PISMP Sem 2 dan PPISMP. Pasukan IPG Kampus Rajang adalah di bawah bimbingan Encik Mahmud Khusairi dan Encik V. Raja Segara. Pada perlawanan kali ini, Tony Buda Ak Gendang, pelajar PISMP Prasekolah Ambilan 2009 telah diberi tanggungjawab mengetuai pasukan IPG Kampus Rajang, Sarawak.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga Kampus Rajang yang bersama-sama memberi sokongan pada hari perlawanan tersebut. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat berpasukan, berkerjasama dan mengeratkan lagi hubungan di antara para guru pelatih. Ucapan terima kasih juga kepada Timbalan Pengarah yang telah memberi kebenaran untuk menyertai perlawanan tersebut di samping kata-kata semangat beliau yang telah menjadi inspirasi kami untuk memberi saingan terhebat kami. Tidak ketinggalan terima kasih kepada Ketua Unit Kokurikulum iaitu Encik McNair Kudang yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk kami mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan sukan dan kokurikulum.


No comments:

Post a Comment