Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Thursday, March 18, 2010

PELAYARAN KLD TUNAS SAMUDERA SIRI 246/2010



Pelayaran Kapal Layar Diraja Tunas Samudera sememangnya membawa kenangan yang manis buat saya bermula pada 27 Februari sehingga 11 Mac 2010 yang lalu. Kami terdiri daripada 24 orang guru pelatih mewakili Bahagian Pendidikan Guru termasuk seorang pensyarah, iaitu Encik Sallehuddin dari Institut Pendidikan Guru Tun Hussein Onn.
Sebelum pelayaran sebenar, kami dikehendaki untuk mengikuti pra pelayaran yang bertempat di Pulau Pangkor selama 3 hari berturut-turut. Sepanjang pra pelayaran tersebut, kami telah dilatih oleh jurulatih yang profesional. Mereka telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas sebagai jurulatih. Setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi supaya apabila mengikuti pelayaran sebenar, para peserta telah bersedia untuk mengharungi segala rintangan yang bakal dihadapi. Antara aktiviti pra pelayaran yang telah berjaya diadakan adalah seperti berkayak, berenang, abseiling, flying fox, kawad kaki pantai, senaman pagi, malam karaoke dan sebagainya. Berdasarkan aktiviti yang dijalankan sepanjang pra pelayaran memerlukan semangat kerjasama yang tinggi di mana setiap peserta perlu berganding bahu dalam membantu rakan seperjuangan dalam kumpulan serta memberikan komitmen dalam tugasan yang diberikan oleh para jurulatih.
Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua jurulatih yang telah memberikan ilmu kehidupan yang bermakna buat kami.

Disediakan oleh,
ANGELA DAVID
Peserta KLD Tunas Samudera,
Siri Pelayaran 246/2010.




No comments:

Post a Comment