Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Thursday, October 29, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun





Selamat maju jaya kepada semua pelajar IPGM Kampus Rajang yang akan menghadapi peperiksaan pada akhir tahun.

Refleksi Yang Dipertua Pelajar(YDP) Sepanjang Mengikuti Pelayaran KLD Tunas Samudera Voyage 237/09



Sepanjang mengikuti program pelayaran bersama KLD Tunas Samudera siri 237/09 ini, saya telah melalui pelbagai pengalaman yang berharga, tidak kurang juga pengalaman yang manis dan tidak kurang juga pengalaman pahit yang sukar dilupakan. Pengalaman berlayar selama 10 hari bersama-sama rakan pelatih dan juga krew-krew kapal telah banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar, dimana hidup ini adalah saling memerlukan dan semangat kekitaan itu amat penting dalam menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah.

Melalui pelayaran ini juga, saya dapat mengenali diri saya sendiri secara lebih dekat dan mendalam. Melalui pengalaman ini, saya dapat mengetahui apakah kekuatan dan juga kelemahan diri saya yang sebenarnya. Antara kekuatan saya yang telah saya ketahui semasa mengikuti pelayaran ini adalah saya senang menyesuaikan diri dalam pergaulan dan persekitaran. Pendek kata, saya lebih kepada sikap fleksibel dalam pergaulan dan persekitaran. Saya menyedari bahawa kita perlu mengadaptasikan diri terhadap persekitaran, bukannya membiarkan persekitaran menguasai kita. Walaupun saya merupakan satu-satunya pelatih yang berbangsa Cina dan juga berasal dari Sarawak, latar belakang itu tidak menghalang saya dari bergaul dan bersosial dengan pelatih-pelatih lain dengan lebih dekat dan malah lebih mesra lagi. Malah saya dapat merasakan semangat bangsa Malaysia itu semakin menebal di antara kami, sekaligus mengikis sikap buruk prasangka terhadap satu sma lain. Sepanjang pelayaran juga, saya tidak pernah berasa terasing dan disisihkan kerana suasana dan budaya bertegur sapa, kasih sayang, menghargai orang lain serta amalan kerjasama itu sentiasa dipraktikkan semasa berada di dalam kapal.

Mengharungi cabaran lautan bersama KLD Tunas Samudera juga benyak mengajar saya untuk memperbaiki kelemahan diri saya. Kalau dahulu saya tidak dapat mengawal emosi dengan baik, kini secara tidak langsung saya dapat mengawal emosi saya secara lebih rasional dan berfikir dahulu sebelum bertindak. Perasaan kurang yakin juga kini bertukar kepada perasaan sangat yakin.

Apa yang paling penting semasa mengikuti program pelayaran ini ialah saya dapat melihat transformasi berlaku dalam diri saya dari segi sikap, emosi, sosial dan juga intelek. Melalui program ini, saya dapat melihat peningkatan jati diri saya di mana saya menjadi lebih berdisiplin dan mementingkan pengurusan masa yang betul. Keyakinan diri saya juga semakin betambah, manakala dari segi emosi pula, saya telah mempelajari kemahiran menguruskan emosi dengan lebih berkesan. Selain itu juga kesedaran maritim juga secara tidak langsung telah timbul di sanubari saya di mana saya kini telah mula mencintai aktiviti-aktiviti air. Ini adalah merupakan faedah-faedah yang diperolehi saya semasa menikuti program pelayaran ini di mana saya merupakan produk baru yang telah dididk melalui program ini.

Harapan saya adalah semoga semua pelatih dpaat menjadi seorang warga pendidik yang bertanggungjawab, serba boleh serta fleksibel. Semoga program berfaedah seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang. Kepada semua jurulatih, wakil-wakil dan pegawai BPG, krew-krew KLD Tunas Samudera serta rakan pelatih, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala budi baik dan penglibatan kalian dalam mendidik kami sepanjang program pelayaran ini. Syabas dan tahniah. Selamat maju jaya.

Disediakan oleh;

Collin Lee Kin Hong

Peserta KLD Tunas Samudera Voyage 237/09 (24 Mac - 2 April 2009)

IPGM Kampus Rajang, Sarawak.

Perhimpunan Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Peringkat IPGM Kampus Rajang

TARIKH : 21 Oktober 2009
MASA : 7.30 pagi
TEMPAT : Dewan Sri Rajang

Ucaptama Majlis... En. Nicholas Ugul, Pengarah IPGM Kampus Rajang menyampaikan ucapan beliau semasa Perhimpunan Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Peringkat IPGM Kampus Rajang

Ucapan Penganjur... Ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Tuan Haji Kamarul Ariffin Bin Din, KJ Pengajian Melayu IPGM Kampus Rajang

Warisan... Para pelajar mempersembahkan persembahan nyanyian medley lagu-lagu rakyat.

Selamat Bertandang dan Selamat Bertugas di IPGM Kampus Rajang


Kami, seluruh Warga IPGM Kampus Rajang ingin mengalu-alukan kedatangan Tuan Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang yang baru iaitu Tuan Haji Mat Akhir Bin Haji Abdullah ke kampus hijau kami... Selamat bertugas...

Tuesday, October 20, 2009

Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang



SELAMAT JALAN DAN SALAM KENANGAN BUAT TIMBALAN PENGARAH IPGM KAMPUS RAJANG , BINTANGOR

Warga IPGM Kampus Rajang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Pengarah, iaitu Encik Mohamed Rahmat Bin Md. Yasin kerana telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas beliau terutamanya sebagai pengerusi bagi Unit Kokurikulum IPGM Kampus Rajang. Selamat maju jaya .


Monday, October 12, 2009

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform KPLI dan PISMP 2009

Pada 7 Oktober sehingga 10 Oktober 2009 telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan unit beruniform bagi KPLI dan PISMP 2009 bertempat di Pulako IPGM Kampus Rajang. Seramai 177 anggota kadet telah berjaya menamatkan perkhemahan tersebut. Setiap unit beruniform terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Warna Warni Anggota Kadet Sepanjang Perkhemahan







Kadet Remaja Sekolah KPLI



Kadet Remaja Sekolah PISMP



Persatuan Pandu Puteri Malaysia



Persatuan Pengakap KPLI



Persatuan Pengakap PISMP


Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Monday, October 5, 2009

Aktiviti Akan Datang

  • Seramai 177 orang pelajar KPLI Ambilan Jun 2009 dan PISMP (PJ & PSV) Semester 4 akan mengikuti perkhemahan unit-unit beruniform bermula pada 7 Oktober 2009 sehingga 10 Oktober 2009 di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPGM Kampus Rajang,Bintangor.