Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Saturday, January 21, 2012

Laporan Bergambar Perhimpunan Unit Beruniform Pada 30.10.2011

Barisan unit beruniform Pandu Puteri dari kohort 1 Jun 09


Barisan unit beruniform PBSM pula dari kohort 2 Nov 09. Barisan ketiga terdiri dari unit beruniform pandu Puteri kohort 3 ambilan Nov 2010.

Barisan unit beruniform Pengakap terdiri dari kohort 4 a dan 4b ambilan Nov 2011.

Peserta kursus yang mengambil catatan pada hari tersebut, ada seorang peserta yang tidak dapat menyertai perhimpunan tersebut kerana masalah kesihatan.


Perhimpunan dimulai dengan arahan dr ketua Pn Fatimah Saleman.


Laporan kehadiran dari unit beruniform Pandu Puteri (kohort 1).

Laporan kehadiran dari unit beruniform Pandu Puteri (kohort 3).


Laporan kehadiran dari unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah (kohort 2)


Laporan kehadiran unit beruniform Pengakap (kohort 4a).


Laporan kehadiran dari unit beruniform Pengakap ( kohort 4b).


Kehadiran dari semua unit di laporkan kepada Tuan Pengarah IPG Kampus Rajang.


Bacaan doa dari Pn Anita Bt MohammadIsa.


Ucapan dari Ketua Unit kokurikulum (En.McNair Kudang).


Ucapan dan amanat dari Tuan Pengarah IPG Kampus Rajang

(Encik Raymond Gai Panting @Gaie)



Barisan Tuan Penagrah IPG Kampus Rajang bersama ketua Unit Kokurikulum En Mc Nair dan Penyelaras Kursus KDPM KDC PRASEKOLAH En V Raja Segara.

Laporan Perbarisan Pagi Unit Beruniform KEMAS

Ucapan dari Ketua Unit Kokurikulum

En McNair Kudang telah menyatakan bahawa setiap hari rabu semua peserta kursus KDPM KDC PRASEKOLAH semua kohort dari ambilan Jun 09 hingga ambilan Nov 2011 menggunakan pakaian seragam unit beruniform dan pakaian selengkap dipakai sehingga waktu tengahari. Peserta kursus hendaklah ikhlas ketika memakai pakaian seragam mengikut unit ianya melambangkan kesetiaan kepada persatuan.

Ketua kelas setiap kohort perlu memastikan semua ahli menggunakan uniform yang seragam dan lengkap. Jika belum lengkap pakaian beruniform hendaklah menyediakan pakaian yang selengkapnya dan akan digunakan pada interaksi bulan Mac tahun depan dan membawa pakaian uniform setiap interaksi .

Ucapan dari Tuan Pengarah

Tuan pengarah IPG Kampus Rajang, Raymond Gai Panting @ Gaie mengatakan bahawa kumpulan KDPM KEMAS dan Perpaduan adalah di bawah tanggungjawab Kementreian Pelajaran Malaysia yang tertakluk pada peraturan-peraturan dan pekeliling KPM dan IPG Kampus Rajang sepanjang berkursus di sini.

Berdasarkan surat pekeliling Iktisas Bil.8, 2007, pakaian Unit Beruniform hendaklah digunakan pada setiap hari Rabu dan pakaian tersebut mestilah pakaian yang melambangkan unit-unit beruniform samaada baju seragam atau T-shirt. Pemakaian pakaian seragam ini bermula pada tahun 2012 dan ia adalah wajib bagi semua pelajar. Selain itu, sekiranya semasa pengajian atau kuliah memerlukan pelajar untuk memakai pakaian sukan seperti PJ atau amali, iadi dibenarkan tetapi selepas perhimpunan Unit Beruniform.

Di samping itu, tuan pengarah juga memberi kata-kata semangat kepada kami bahawa kami merupakan guru yang terdepan sekali untuk mendidik anak-anak di peringkat awal pendidikan ataupun prasekolah sebelum mereka menjejakkan kaki ke Tahun 1.

Akhir kata, tuan pengarah mengucapkan jutaan terimakasih dan tahniah kepada kumpulan kami kerana hadir dengan berpakaian yang lengkap untuk perhimpunan yang julung kali diadakan bersama dengan kumpulan empat KDPM KDC Prasekolah.

Sunday, October 9, 2011

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 4 2011

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA PELAJAR SEMESTER 4 DALAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT IPG KAMPUS RAJANG , BINTANGOR

Monday, August 8, 2011

TAHNIAH DAN SYABAS KETUA UNIT KOKURIKULUM(KUK)


Pada 22 Julai 2011 yang lalu, IPG Kampus Rajang telah mengadakan sambutan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) sempena perhimpunan bulanan IPG Kampus Rajang yang dihadiri oleh semua pelajar, AKS, dan pensyarah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, Encik Raymond Gai Panting@Gaie dengan penuh gemilang sekali. Salah seorang daripada 11 penerima APC adalah En.Mcnair Kudang (Ketua Unit Kkokurikulum). Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau kerana apa yang telah beliau usahakan selama ini diiktiraf oleh pihak pentadbiran. En.Mcnair Kudang adalah seorang pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihata(PJK) yang sangat disenangi pelajar serta rakan sejawat kerana sentiasa ingin membantu dan menerima pendapat orang lain. Sejak awal 2009 lagi, beliau ditugaskan untuk meneraju Unit Kokurikulum dan beliau telah menjalankan banyak perubahan dan pembaharuan berlandaskan prosedur kerja MS ISO 9001:2008. Dengan bantuan lontaran idea mantan Timbalan Pengarah Tuan Hj. Mat Akhir Abdullah, wujudlah satu idea untuk mengadakan satu sesi perbarisan unit-unit beruniform. Perbarisan Unit Beruniform ini diadakan pada setiap Hari Rabu pada pukul 7.00 pagi yang diadakan di hadapan Dewan Sri Rajang dengan pengisian dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan mengikut unit seperti Pengakap, TKRS, BSSM dan Pandu Puteri. Kemudian diikuti dengan nyannyian lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku, lagu Rajang Berbakti serta bacaan doa. Tempoh masa 10 minit diberikan kepada wakil pelajar secara spontan untuk berpidato di khalayak peserta, kemudian diikuti amanat daripada Ketua Unit Kokurikulum dan pengumunan daripada Ketua Jabatan Ha Ehwal Pelajar. Perbarisan tersebut juga mendapat sokongan daripada Tuan Pengarah yang sentiasa hadir untuk memberi motivasi seperti yang dimulakan oleh mantan Timbalan Pengarah yang kini bertugas di IPG Kampus Ipoh, Perak. Terima kasih kepada mantan Timbalan Pengarah dan Tuan Pengarah yang begitu proaktif dalam menyertai perbarisan ini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Encik Mcnair Kudang di atas penganugerahan APC 2010.

Encik Mcnair juga seorang ketua Unit Ketua Kokurikulum yang sentiasa ada bersama pelajar tanpa mengira masa dan ruang. Beliau senantiasa selesa bergaul dan bermain bers.ama pelaja. Apabila ditanya apakah prinsip kerja beliau? Katanya “LOVE”, iaitu cintai kerjaya, cintai keluarga dan sayangi diri sendiri.