Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Tuesday, August 2, 2011

SKUAD IPG RAJANG JUNIOR


Pada 24 Mac 2011, skuad IPG Kampus Rajang Junior Bintangor telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan SMK Luar Bandar No.1 Sibu. Skuad terbaru ini diwakili oleh 11 orang pelajar PPISMP dan 5 orang pelajar PISMP. Skuad ini dibentuk disebabkan skuad Rajang sebenar kebanyakkannya menjalani Praktikum dan PBS di sekolah yang menyebabkan mereka tidak dapat beraksi. Namun demikian, skuad terbaru Rajang ini telah menampakkan sinar harapan apabila membenam SMK Luar Bandar Sibu 0-3 di tempat lawan. Jaringan pertama telah dijaringkan oleh Garry Russel Ak Gorger Lennon yang menampan bola yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol SMKLBS hasil tendangan kencang Roy Penggang. Jaringan kedua dan ketiga pula telah dijaringkan oleh Mohd. Sharizan yang menerima umpanan daripada Roy penggang dan hasil pergelutan yang berlaku di kawasan gawang gol SMKLBS. Dengan muka yang baru, skuad IPGKR Junior telah berjaya membuktikan bahawa mereka antara yang terbaik. Dengan kemenangan ini juga, skuad IPGKR Junior berharap akan dapat diberikan peluang sekali lagi untuk mengharumkan nama Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang. Dengan ini juga kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Kokurikulum yang sentiasa memberi sokongan kepada pelajar ingin beraksi dengan pasukan luar.

Dilaporkan,

Roy Penggang


Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Diantara Skuad IPG Kampus Rajang dengan pasukan bola sepak Sarawak Maritime Academy (SMA) Bahagian Sibu




Pada 5 Mei 2011, satu perlawanan persahabatan bola sepak diantara skuad IPG Kampus Rajang dengan pasukan bola sepak Sarawak Maritime Academy (SMA) Bahagian Sibu telah berlansung di Padang Bola Sepak SMK Meradong pada pukul 4.30 petang. Kunjungan skuad bola sepak Sarawak Maritime Academy (SMA) Bahagian Sibu kali ini amat penting kepada skuad bola sepak IPG Kampus Rajang memandangkan ini merupakan perlawanan pertama diantara kedua-dua pasukan dari dua institusi pendidikan yang berbeza.

Perlawanan persahabatan ini adalah bertujuan untuk menyemai semangat kesukanan dikalangan para permain dan juga mengeratkan lagi hubungan antara pihak Institut dengan pihak luar. Selain itu juga, aspek pengelolaan dan kepengadilan diterapkan sepanjang berlansungnya perlawanan persahabatan ini. Kedua-dua pasukan sama-sama mempemerkan persembahan yang menarik sepanjang permainan dengan harapan beroleh kemenangan.

Namun demikian, skuad bola sepak Sarawak Maritime Academy (SMA) Bahagian Sibu terpaksa akur dengan kehebatan permain bola sepak IPG Kampus Rajang. Pada perlawanan tersebut, IPG Kampus Rajang telah memenangi perlawanan dengan jaringan 4-1. Gol pembukaan telah dijaringkan oleh pemain pasukan pelawat pada separuh masa pertama dan selang beberapa minit selepas ini pasukan IPG Kampus Rajang telah memperoleh gol penyamaan hasil tandukan cantik, saudara Robin Jerome ketika sepakan sudut. Gol kedua IPG Kampus Rajang telah dijaringkan oleh Mohd. Sharizan 10 minit sebelum wisel masa pertama dibunyikan.

Pada separuh masa kedua, Skuad IPG Kampus Rajang telah berjaya menggandakan jaringan hasil gerakkan menarik pensyarah IPG Kampus Rajang, Encik Mat Kamal yang turut bermain pada petang itu. Skuad IPG Kampus Rajang terus mengasak ke kubu lawan dan berjaya memperoleh gol keempat menerusi sepakan kencang Mohd. Yusri menggegarkan jaring gol pasukan lawan menjadikan keputusan 4-1 sehingga tamat perlawanan.

Pasukan IPG Kampus Rajang terdiri daripada pelajar PISMP Sem 7, PISMP Sem 5, PISMP Sem 1, PISMP Sem 3 dan PPISMP. Pasukan IPG Kampus Rajang adalah dibawah bimbingan Encik Mahmud dan Encik V. Raja Segara. Untuk perlawanan kali ini, Tony Buda Ak Gendang, pelajar PISMP Prasekolah Ambilan 2009 telah diberi tanggungjawab mengetuai pasukan IPG Kampus Rajang, Sarawak. Kehadiran Pengarah IPG Kampus Rajang, Encik Raymond Gai Panting menyemarakkan lagi semangat skuad IPG Kampus Rajang untuk memenangi perlawanan persahabatan ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga Kampus Rajang yang bersama-sama memberi sokongan pada hari perlawanan tersebut. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat berpasukan, berkerjasama dan mengeratkan lagi hubungan diantara para guru pelatih. Majulah Sukan Untuk Negara.

Disediakan Oleh: Tony Buda Ak Gendang

Ketua Pasukan Bola Sepak IPG Kampus Rajang

KELAB BOLA SEPAK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG






Maklumat Kelab Bola Sepak IPG Kampus Rajang

Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 2009, selepas mendapat kebenaran daripada Pensyarah Unit Gerko Ko- Kurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Encik Mac Nair Kundang yang juga merupakan Pensyarah pembimbing Kelab Bola Sepak IPG Kampus Rajang. Selain daripada beliau,

Kelab Bola Sepak ini juga telah dibimbing oleh dua pensyarah iaitu Encik Mahmud Khusairi dan Encik V. Raja Segara selaku jurulatih Kelab Bola Sepak. Kelab Bola Sepak IPG Kampus Rajang ini telah diketuai oleh saudara Tony Buda Anak Gendang, pelajar PISMP Prasekolah Semester 5 (2009-2011).

Kelab Bola Sepak Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang ini terdiri daripada 23 orang pelajar iaitu daripada Progra Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) PISMP Sem 7, PISMP Sem 5, PISMP Sem 3, PISMP Sem 1 dan PPISMP.

Segala aktiviti yang telah dibuat oleh Kelab Bola Sepak IPG Kampus Rajang adalah melalui Pihak Institut iiatu Unit Ko-Kurikulum dan disahkan oleh jurulatih. Pelbagai aktiviti telah berjaya dibuat yang melibatkan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pihak luar.

Tujuan Kelab Bola Sepak Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang ini ditubuhkan adalah untuk:

· Menyemai sikap berpasukan dan semangat kesukanan dikalangan guru pelatih.

· Menyediakan satu pasukan bola sepak Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang yang bersedia bermain dengan pasukan bola sepak pihak luar.

· Latihan awal untuk membentuk satu pasukan bola sepak yang mantap dari pelbagai aspek iaitu kecergasan dan psikologi sebelum Karnival Sukan Institut Pendidikan Guru (KAGUM).

· Melatih bakal guru berkaitan dengan pengelolaan dan pengurusan sukan.