Success Quotation

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

Tuesday, June 22, 2010

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KPLI AMBILAN JANUARI 2010




Pada 12 Mei 2010 sehingga 15 Mei 2010 yang lalu, perkhemahan unit beruniform bagi KPLI Ambilan Januari 2010 telah diadakan dengan jayanya di PULAKO IPG Kampus Rajang, Bintangor. Berikut merupakan selayang pandang sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan.


Friday, June 11, 2010

Mini Marathon Lari Berganti-ganti Anjuran PISMP Sem 5 Pada 12 Mei 2010











Kejohanan Sukan Mini Olahraga Pada 11 Mei 2010

Pada 11 Mei 2010 yang lepas, guru pelatih dari kumpulan KPLI-SR Ambilan Januari 2010 (Matematik dan Bimbingan) telah menganjurkan kejohanan sukan Mini Olahraga 2010 di Padang Hoki, IPG Kampus Rajang. Kejohanan ini berlangsung mulai jam 2 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang, Tuan Haji Mat Akhir b. Abdullah telah sudi merasmikan kejohanan ini dengan diiringi En. McNair (Ketua Unit Kokurikulum), En. Chula, En. Bekarang Ingas, Pn. Alice P.T. (Pensyarah Pembimbing Olahraga), serta pensyarah-pensyarah lain.

Dengan bertemakan “Integrasi Sukan, Gemilang IPR”, kejohanan sukan Mini Olahraga 2010 bertujuan mendedahkan para guru pelatih kepada aktiviti penganjuran dan pengelelolaan sesuatu aktiviti. Dalam penganjuran kejohanan seperti ini para guru pelatih akan dapat menimba pengalaman sebagai ahli jawatankuasa penganjur selain sebagai peserta kejohanan. Selain daripada itu, penganjuran ini juga bagi memenuhi kehendak silibus kokurikulum olahraga.













Tuesday, June 8, 2010

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat IPG Kampus Rajang Pada 10 Mei 2010












LAPORAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 2010

Pertandingan bola tampar telah diadakan pada 7 Mei 2010 (Jumaat) yang bertempat di gelanggang bola tampar Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh GERKO Bola Tampar KPLI-SR Ambilan Januari 2010 yang terdiri daripada Kumpulan Matematik dan Bimbingan. Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 3.00 petang sehingga 6:30 petang. Peserta pertandingan ini terdiri daripada pelajar KPLI-SR Ambilan Januari 2010 (Matematik & Bimbingan) berjumlah 25 orang pelajar.

Perasmian pertandingan bola tampar ini telah dilakukan di gelanggang bola tampar oleh Ketua Pensyarah Penasihat GERKO Bola Tampar, Puan Noor Zila bt. Md. Yusuf dan diiringi oleh Encik Amir bin Juhari dan Puan Ling Ching Rou.

.

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan aktiviti pengelolaan dan pengadilan bola tampar yang sistematik. Selain itu, pelajar juga dapat mempraktikkan segala kemahiran bola tampar yang telah dipelajari dalam interaksi GERKO bola tampar setiap minggu, pada hari Khamis 4.30 hingga 6.30 petang. Dengan menyertai pertandingan ini, mereka juga dapat menilai kemampuan diri dalam sukan bola tampar. Dalam pengeloaan tersebut pelajar telah mempraktikan cara mengisi borang skor, mencatat markah, menjadi pengadil garisan, pengadil jaring dan pengadil pertandingan. Para pelajar juga mendapat pendedahan tentang bagaimana sesuatu pertandingan itu dijalankan. Penganjuran pertandingan ini juga adalah untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran kokurikukum GERKO Bola Tampar.